<height>60</height>
<description><![CDATA[Ini adalah maksud dari sebuah doa selamat yang terkenal dan lazim dibaca.
"Ya Allah Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keselamatan dari segi agama dan kesihatan pada jasad, pertambahan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, keampunan setelah mati: Ya Allah ringankanlah keatas kami semasa mabuk mati, lepaskanlah kami dari api neraka dan kemaafan ketika dilaksanakan perhitungan"
Sudah sekian lama kita berdoa di dalam bahasa arab dengan tiada memahami maksudnya.Alangkah bertuah sesiapa yang memahami maksud doa yang dibacanya. Keadaannya mungkin sama dengan seseorang yang bercakap dengan kita dan mengetahui setiap butir perkataan yang melepasi bibirnya. Bukankah dia akan kelihatan lebih bersungguh-sungguh!...........
pemandangan estet teh 
kedai teh, minum diwarung dikaki lima sebelahan parkir kereta lebih murah.
walaupun harga secawan teh lebih mahal, dari sini boleh menatap panaroma cantik
Gambar ni awang ambil ketika menghantar isteri berkursus diCameron Highland. Kali kedua naik rasa macam dah tak ada apa-apa yang menarik.Barangkali kerana tiada program khusus, jadi suasana hambar sahaja.........tambahan pula hujan boleh dikatakan jatuh di sepanjang perjalanan.Menyukarkan pergerakkan. Anjing pulak lari sana sini.........bimbang binatang tu mengibas-ngibaskan bulunya untuk mengeringkan badan...............anjing tak berlesen pulak tu! :-( ]]></description>
<description><![CDATA[Perkhemahan ini diputuskan didalam satu mesyuarat unit ko-ku, beberapa minggu sebelum cuti sekolah.Pada kebiasaannya ia diadakan berselang-seli dengan perkhemahan dalaman.Jadi murid-murid tidaklah jemu. Perkhemahan ini akan disusuli oleh murid-murid perempuan seminggu lepas itu. Tapi gambar murid-murid perempuan tiada dalam simpanan Awang, tak tahu lah jika cikgu Ogy ada........Oleh kerana gambarnya banyak dan perlu di edit pulak tu maka banyaklah masa yang awang untuk kerja-kerja ni. Jadi tak dapatlah nak dimuatkan kesemuanya dalam satu masa, kenalah secara beransur-ansur. Tetapi kesemuanya dalam entry ni sahaja, dibawah tajuk yang sama. Dah anak murid mintak, kenalah buat........
Tahun tu dapat bas, bas sekolah yang pertama di Sabak Bernam rasanya.Memang bangga pun..........orang lain kena cari bas, berebut menempah bas, tapi kami cuma perlu buat kertas kerja dan kumpul duit.  Basnya pun baru, bersih dan amat selesa,.........Jadi jagalah bas kita tu elok-elok..!
Senja tu ,bertempat didepan kantin sekolah, suara murid lelaki yang mengikuti rombongan itu riuh sekali. Riuh kerana bertanyakan tempat untuk meletak barang,Riuh mencari kawan yang belum sampai. Riuh kerana gusar melihat rakan didepannya perlahan memunggah naik beg dan macam-macam lagi......Tapi yang pasti setiap wajah ceria dan tak sabar nak bertolak.
Sebaik sahaja selesai solat mughrib, bertolaklah bas ke distinasi yang dituju. Ada dua bas sebenarnya, yang sebuah lagi tu bas usahawan hindu dari simpang empat, Teluk Intan. Bas yang ini agak koman sikit. Lampu nya sekejap-kejap mati....jalannya pulak pelahan. Mas naik bukit memang sakit hati betul,........kenapalah bas yang dah uzur begini masih digunakan lagi........Dulu semasa menempah bas pengusaha itu janji nak beri bas yang OK...........'Tak ada masalah', begitulah katanya..Tup.tup bila sampai masanya bertolak, bas 'uzur' itulah yang terhegeh-hegeh datang......... :-S .Barangkali bas yang kami tempah tu digunakan untuk trip perjalanan lain.Sebab hari tu ada beberapa robongan yang keluar dari Sabak. Kami yang naik bas sekolaj ni dapatlah rasa air-con yang sejuk. Memang lena tidur.Tak tahulah yang naik bas swasta tu.........
Oleh kerana perut lapar, kami berhenti di R&R Genting Sempah. Masa itu, malam hujan gerimis.Kabus memang tebal.Awang tak lepaskan peluang untuk merasa sup tulang panas.Harap-harap ia akan menambah stamina untuk aktiviti di Taman Rimba nanti..........(tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Nanti Awang ceritakan.....).Perjalanan ke Taman negara tu memakan masa yang lama.........jalannya  adakalanya naik-turun bukit.Adakalanya berliku-liku.Adakalanya menempuh hutan belukar.Adakalanya membelah kampung-kampung tradisi. Persekitaran yang 'baru' kepada awang itu menyebabkan awang banyak berjaga malam dari tidur.Memang persekitaran begitu menarik perhatian awang.Sesekali berseliseh dengan lori-lori balak yang mengaum kuat kerana keberatan menari kayu balak ke kilang. Menjelang subuh, tempat dituju belum juga kelihatan.Ini kerana pemandu bas swasta ngantuk, jadi  terpaksalah bas kami mengiringi bas swasta itu dari belakang.Suspen juga bila melihat hari semakin pagi, namun tempat untuk transit belum lagi kelihatan. Jangaaaaaaaaaaaaann lah subuh terlepas. Jadi kepada sesiapa yang nak buat rombongan, ingatlah pesan Awang, cari bas yang baru dan pemandu yang tak mengantuk............atau anda akan jemu dalam perjalanan dan menhancurkan keseronokan melancung. Walau bagaimana pun, lebih kurang jam 6.30pg kami sampai di SMK Jubli Perak, Sultan Hj Ahmad Shah. Terus kami berkejar ke surau dan solat subuh. Selesai Solat kami bersarapan disitu dan mendengar taklimat dari Cikgu Hali  sairi dan Arwah Ust.Mohd Sobri.
Selesai taklimat, kami naik bas semula danbergerak menuju ke Kuala Tahan. Ingatkan tapak perkhemahan tu diseberang sini sungai. Rupa-rupanya kami kena menyeberang kuala tahan itu.Tak apalah..........ini sangat menyeronok kan, kan! Murid-murid pun nampak tak kisah, bimbit barang-barang mereka dan berjalan berdua-dua menghala ke tebing sungai.
bersambung esok!
Ingatkan ada jambatan nak menyeberang ke Pejabat TDC dan Jabatan Hutan Kuala Tahan.Rupa-rupanya kena berperahu.Tapi ok juga, naik perahu/bot pun seronok! Cuma kena bayar 50 sen/kepala untuk satu perjalanan. Bila dah berada di dalam boat dan bot mula bergerak, datang satu keseronokan yang tak pernah Awang rasa.Deruman enjin bot selalunya membingitkan , tapi kali ini ia merdu kerana bercampur dengan bunyi hempasan bot ke permukaan sungai.Jika kita menoleh ke arah kanan atau kiri, nampaklah ombak-ombak kecil berlari-lari memukul tebing sungai Tahan. Berkilau-kilau ombak itu oleh balikkan cahaya matahari. Udaranya memang sejuk. Ada seorang  murid menghulurkan tangannya ke dalam sungai.......mungkin nak mengetahui keadaan air sungai tu.....jelas tapak tangannya tenggelam dan terseret disepanjang permukaaan air...............aksi tu benar-benar mencemaskan awang!..belum sempat awang bersuara dia dah tarik semula tangannya .......Bukan awang nak halang rasa ingin tahu murid tu, tapi  bimbang hamba Allah yang sedang rilek di dasar sungai tu tertarik dengan kocakan air ......siapa dia? siapa lagi kalau tak Sang Rangkak! Tapi ada ke benda tu di sungai tu?
Apa punya nasib, hari ni awang sakit mata.Terpaksa ditunda karangannya.Hanya gambar yang dapat dimuat naik. Perit jugalah sakit mata nih!
Turun dari boat penambang bukanlah bermakna anda telah tiba di tempat perkhemahan.. Sebenarnya anda kena mendaki tangga jeti terlebid dulu. Pasal jeti ni ada sedikitcerita.Berita baik jika anda berkunjung ke sini ketika paras air Sg Tahan naik. Tak perlulah anda menapak  berpuluh anak tangga ke atas. Awang pernah terlihat seorang lelaki berumur membawa banyak barang di jeti berkenaan.Sudah tentu warga emas itu bermandi peluh kerana terpaksa berulang kali naik turun mengangkut barang.Di dalam hati terdetik rasa kesian kerana bukan mudah untuk berulang alik naik turun tangga mengangkat kesemua barangan tersebut. Kalaulah ada peti bertali yang boleh mengelungsur naik turun dari jeti tentu amat berfaedah.
                                  Masuk ke Taman Negara tidak percuma.Selain dari bayaran permit RM1/seorang, anda kena membayar rm5 untuk kamera dan rm10 untuk memancing. Mengenai tempat penginapan tidak jadi masalah.. Bayaran perkhemahan cuma rm1/orang. sehari. Bunglaow ada dua buah. sedia sahaja duit rm1000 plus, bolehlah tidur macam orang kaya, dengan kemudahan air sejuk dan panas, peti sejuk, tv satelit, air con, dapur, set sofa dan dapur serta anjung berpemandangan hutan dan sungai. Nak yang murah sikit daripada itu ada.Ada chalet,  hostel, rumah tetamu ,  rumah kem jenis A atau khemah biasa. Kadar dari rm600, rm 360, rm50 dan macam-macam lagi.Yang paling murah ialah menggunakan khemah sendiri dan bayar rm1/orang sehari untuk tapak perkhemahan. Jika datang beramai-ramai, macam kami ini, eloklah berkhemah.Seronok berkhemah beramai- ramai ni. Di waktu malam boleh rasa embun hutan. Boleh dengan suara dengusan babi dan macam-macam lagi.Suara burung hantu, cengkerik dan katak amat dekat dengan telinga. 
Apa yang anda boleh lakukan di sini? Macam-macam boleh buat..........Jika kita kaki pancing, kita boleh memancing. Ada dua buah pondok memancing disediakan; sebuah di Terenggan dan sebuah lagi di Keniam. Rasanya kedua-dua tempat ni di hulu sungai Tahan dan di hulu sungai Keniam. Jadi kenalah sewa bot dan pemandunya, tapi berbaloi jika anda memang kaki pancing dan suka mengembara dengan perahu. Awang taklah memancing hari tu kerana sibuk menjaga bebudak ni.............sesetengah orang sini akan mencadangkan agar anda memancing di kuala tahan itu sendiri atau di kuala koh atau pun Tanjung Mentong. Kepada yang tak pandai memancing akan tetapi suka kepada ikan, bolehlah memberi makan ikan air tawar di dalam sangkar yang besar-besar belaka. Kalau tengok memang geram hati.Punya la banyak dan cergas-cergas pulak. Kesemua tu hidup di dalam suasana habitat semula jadi. Kalau boleh ceduk memang seronok.Jangan bimbang, anda akan senatiasa ditemani oleh pegawai hutan disini. Kalau anda suka menikmati pemandangan sungai, mengapa tidak menyusuri sungai-sungai disini?Pemandangan disini mengasyikkan. Ada tiga sungai utama; Sg Tahan, Sg Terenggan dan Sg Keniam. Kesemua sungai ini berasal dari kawasan tadahan hutan dara. Ia mengalir dari tanah gambut dan alirannya melalui tebing sungai yang tiada sebarang aktiviti pertanian atau penempatan manusia.Ini sesuatu yang susah nak ditemui!..............harap-harap tak adalah pencerobohan dilakukan di maa akan datang.Tapi kita tak tahu tentang masa depan.......manalah tahu. jika ada balau yang berkuasa hendak  akan nya! Cerita hutan di Pahang diceroboh ni bukannya cerita asing bagi kita, lebih-lebih lagi selepas habis pilihan raya Umum.........tanya lah pada karam singh waliya, semua dalam poket memorinya. Sekiranya anda berminat merintis hutan, Taman Negara ini tidak akan mengecewakan .Dengan membayar seorang penunjuk arah, kita berpeluang merentasi alam semulajadi yang mengasyikkan .Pelbagai  flora fauna yang terdapat disekita kawasan ini. Penunjuk arah juga nanti akan membawa kita melalui kawasan tepi sungai. Untuk mereka yang suka akan haiwan, jangan lepaskan peluang memerhati hidupan liar.Pondok-pondok tinggi atau dikenali dengan BUMBUM banyak dibina. Dari atas BUMBUM ini kita akan dapat memerhati tabiat hidupan liar. Jangan bimbang, sebab ia memang tinggi, dan insyaalloh untuk haiwan bertindak liar kepada kita. Aktiviti ini hanya ada waktu malam, jadi kenalah bawa lampu suluh anda sendiri. Hidupan liar ini datang untuk menjilat sesuatu pada jenut(tempat/tanah) disitu. Agaknya ada garamlah disitu.........................Ada 7 jenut maka ada 7 BUMBUM di TamanNegara ini.Namun BUMBUM yang paling hampir ialah BUMBUM Tahan dan Bumbum Impian,yakni 200 meter dan 500 meter dari kuala Tahan, Yang lain itu, bumbum Tabing, bumbum Cegar Anjing, Bumbum Blau, Bumbum Yong dan Bumbum Kumbang, jauh-jauh belaka. Kenalah bersabar menunggu hidupan tu datang kerana masa untuk setiap hidupan tu datang berlainan.Masa kan rusa nak datang saing dengan rimau kumbang! Nanti kena NGAP dengan rimau tu.he...he...he LOL .Yang kaki rokok kenalah tinggalkan tabiat merokok. Bau tembakau atau asap rokok boleh dicam oleh haiwan tu...kalau hidupan-hidupan tu berpatah balik ,sesia je  menapak jauh-jauh kesitu.
Awang rasa awang tamatkan saja celoteh Awang tentang Taman Negara ni.Banyak yang nak diceritakan tapi mata ni rasa ketat lagi.Ye le, baru baik dari sakit mata........... :-)  Sebelum mengundurkan diri, ada beberapa pesanan untuk anda yang ingin ke sini.Bawalah pakainan ringkas seluar panjang dan kasut yang sesuai.Kadang-kadang ada nyamuk atau pacat halus, terutama waktu musim hujan.Tapi masa kami datang ni tak jumpa pun walau seekor (sebab musim tak hujan). Ada kawan mendiakan penyebur yang berisi air garam. Kena gigit pacat, tembak saja dengan air garam tu; jatuh berguling pacat tu.....Juga jangan lupa bawa air mineral kerana aktiviti lasak memang membuat tekak kita kering. Awang bawak satu lite air, cukuplah untuk seorang. Semasa  program ami tu dahulu ada seorang budak terpaksa menagih air minum dari seorang ke seorang yang lain. Nasib baik diberi, kalau tak mahu pengsan dia. Air mineral ada dijual di kedai berdekatan Resort Mutiara. Selain itu jangan cuba menggangu atau menakutkan atau mencederakan hidupan liar ni................jangan ada niat nak ambil mengeluarkan sesuatu dari hutan.Nanti didenda oleh Jabatan HUtan.Atau diganggu oleh 'sesuatu'...................he.he........acah je. LOL Tapi tentang denda oleh Jabatan memang betul...........malu beb nanti. OK selamat berkunjung ke Taman Negara, dan ingatlah aku kalu ke sana.Jangan lupa hadiahkan fatihah kepada aku sebagai 'charge' membaca maklumat ini.........]]></description>
apa-apa hal bergambar dulu. semua orang ceria
Pintu masuk ke Hutan Lipur Sg. Congkak
Setiap orang ada tugas yang ditetapkan
Sunyi, basah, sejuk dan nyaman........ayuh layan]]></description>
Makan malam ini antara lain untuk merai'kan kedatangan guru-guru baru dan perpisahan Pen. Kanan, Pn. Fauziah Ahmad Milatu ke SMKSDM.gambar-gambar lain akan menyusul kemudian
Cabutan nombor bertuah. Berikut adalah persenoliti yang bertuah yang sempat dirakam gambarnya. Yang lain tu maaflah, malam tu kamera pakai bateri lama........tak oleh nak rakam semua!
Pernahkah anda cuba dirasuah? Apakah tindakan anda? Sikitkah sogokan itu? Adakah kehidupan anda bahagia selepas itu? anda ada ketenangan dalam kehidupan dan ibadah seharian anda?
pada sangkaan anda, adakah Allah tak tahu peristiwa tersebut? Apakah penilaian Allah kepada Anda?
Banyak pula soalan awang! Tapi itu lah pengalaman awang pada hari pertama awang bekerja. Hari pertama beb! hari pertama aku jadi pegawai kerajaan. Dalam opis tu semua orang baru, termasuk aku. Dan malang betul nasib orang yang menyogok tu....kami kerjakan dia cukup-cukup :-( padan dengan dia, Terasa terhina betul awang hari tu, nasib baik tak kena penendang awang!]]></description>
Raya tahun ini tak bergambar sangat. Boleh dikatakan tak bergambar lah. Anak-anak dah tak ghairah nak posing depan kamera. Mungkin kerana kami kurang berjalan . Raya tahun ini juga orang ramai menyambutnya secara amat sederhana. Ramai yang memerap di rumah emak bapak atau datuk atau mentua je. Rumah terbuka jika ada pun dibuat secara berkumpulan, tidak secara berseorangan.Itu pun secara sederhana. masing-masing berhemah dalam berbelanja kerana ekonomi negara tidaklah baik sangat. Walaupun Pak Lah dah diundurkan.......................nampaknya sangkaan mereka yang mengundurkan PaK Lah tu tak jadi kenyataan..................tidur-tidur Pak Lah pun dulu semua kakitangan dapat bonus Raya. Sekarang hampeh..........
Gambar ni gambar masa hantar anak balik ke Marhallah selepas cuti rayanya habis.Raya tahun ini anak awang yang sulung ni mengadu yang duit rayanya  tahun ini ciput je.Awang tergelak juga dengan ngomelannya tu.Awang kata itu tandanya awak dah besar, Mungkin dah patut beri orang lain duit raya.............]]></description>
akhirnya awang dapat mengesan semula CG Husin bin Manaf. Dulu pernah bersama diSMSD, Sabah. Masa tu dia masih bujang tetapi Awang baru saja nikah. Pun begitu kami ada masa untuk berbual dan bersukan bersama. Salah satu peristiwai yang kuat terpahat di benak awang ialah perbualan kami di kedai di Taman Harapan, Jalan Silam Lahad Datu. Pada hari itu dia ada meminta pendapat awang mengenai satu persoalan yang menurutnya serious . Awang pun dah lupa akan buah fikiran awang bagi perkara berkenaan. Selang beberapa bulan kemudian awang berpindah ke Semenanjung.Daripada beberapa orang kenalan yang balik  ke Semenanjung  Awang mendapat khabar bahawa dia telah berpindah dari SMSD. Kes naik pangkat kot...... Rasanya lebih 20 tahun kami tak bersemuka. Tau-tau sekarang dah jadi Principal. Wah hebat tu..........Tapi dari dulu lagi memang Awang nampak dia ni ada ketahanan diri memiku tanggung jawab..Insa'allah jika Awang turun ke Sandakan nanti bolehlah CG ni dicari.]]></description>
Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana dapat lagi mengecapi nikmat beribadah di dalam bulan Ramadhan 2009. Berbanding dengan kita, ada orang lain yang telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Tapi kita masih berpeluang untuk beribadah yang ganjarannya hanya Allah sahaja yang akan tentukan. Beruntungkan kita! Jadi marilah kita lakukan sujud syukur...........caranya amat mudah. Setelah berwudhu dan menutup aurat duduklah saperti duduknya kita diantara dua sujud tu. Angkat takbir, niatkan sahja aku sujud syukur, sunat kerana Allah Ta'alla. Ketika sujud tu bacalah bacaannya, sekurang-kurangnya tasbih sujud di dalam solat lima waktu tu. Selepas tu bangkit dari sujud bersama takbir dan beri salam..............mudahkan kan!