awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 22-Nov-2006 04:26 Email | Share | Bookmark
Bakong @ spider Lily dan Yellow Bells @Trumpet tree

habuk rokok siapalah ni
bunga bakong
trumpet tree
Spider lily ni banyak spesies. Warnanya juga berbagai. Yang kuning ada. Yang merah pun ada. Namun kesemuanya beracun. Kambing pun tak selera nak makan. Bahan beracun tu sebenarnya berfungsi melindunginya dari dimakan oleh pengguna prima spt kambing.

Gambar ke tiga tu ingatkan cempaka hutan. Ada orang sound aku...tu bukan bunga cempaka hutan. Katanya cempaka huitan boleh tumbuh sampai 3 meter. Seorang Kakak yang belum berumur mengatakan itu bunga loceng !........kawan kepada kakak tu pula respon;.itu memang macam cempaka ..tapi bukan bernama cempaka .....tambahnya lagi kalau tak biasa dengan bunga memang boleh keliru..........

pening-pening..........susaah juga nak buat keputusan. Macam nak cam anak saudara aku yang kembar tu...mana si Zulaika dan mana si Zuraidah......dak 12 tahun aku nak bezakan masih tak dapat lagi................

Ginilah .....aku jemputlah sapa-sapa yang biasa dengan bunga ni untuk mengenal pasti

flora-flora ini, saperti lain-lain flora, menghasilkan bahan-bahan metabolit sekunder. Bahan inilah yang berkhasiat kepada kesihatan manusia. Biasanya metabolit ini rasanya pahit, maung, kelat dan sebagainya. Di Malaysia ada 8000 tumbuhan berbunga dan 6000 daripadanya mempunyai khasit perubatan. Woo......banyak tu........tapi tongkat ali saja yang diketahui ramai. daripada 6000 tu, sebanyak 654 spesies adalah spesies asli. Malangnya ,343 spesies telah dikhabarkan hampir pupus.....biasalah orang malaysia; pandai melantak sumber je.....memelihara dan memulihara sumber tak seriuos. apa lah nak jadi dengan tanah air ku....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net