awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Nov-2006 15:14 Email | Share | Bookmark
Rahsia Senduduk @ sendudok ( Melastoma malabathricum)

pokoknya
Ketika aku beraya ke rumah mertua adik ku di Pasir panjang, aku nampak flora ini berhampiran tangga rumah . Berhampiran dengan saliran air. Tanah di sini asalnya paya belukar; paya air payau. Setelah dibuat sistem saliran yang baik, air paya tu di buang ke laut. Sejak lebih kurang 90 tahun lalu tanah di sini telah diusahakan.

Aku nampak flora ni tumbuh bersendirian di situ. Seolah-olah dipelihara. Oleh kerana tak sempat bertanyakan nama flora tu , maka aku menyelongkar di pusat sumber ku dirumah dan aku dapati ia adalah pokok sendudok. Pokok sendudok banyak spesiesnya. Jadi kalau nama saintifiknya tu kurang tepat tolonglah beritahu. Kegunaanya memang banyak . Nantilah kalau aku terjumpa aku akan catatkan.

sambungan pada 21/11/06

[quote] menurut seorang pegawai FRIM pokok ni dikenali juga sebagai senduduk hitam, sekenduduk, keduduk dan..........KODOK ! ( )...ini betul ni...bukan main-main.....(nak tergelak kawan......cuma tak tahu orang kampung manalah yang panggil dengan nama tuh.....) Daun dan pucuknya digunakan untuk ubat cirit birit...daun dan akarnya setelah digiling boleh ditabur atas kudis untuk menyembuhkan...pesakit-pesakit cacar yang ada parut uga dapat faedah dari dia ni...caranya giling daun dan akarnya dan sapu pada bintik-bintik cacar. Insyaalah cacar tu nanti tak tinggalkan parut. Sesiapa yang ada Leukorea (ni untuk wanita).....(leukorea ni penyakit pada faraj; keluar lendir pekat dan putih dari faraj)....ambil segenggam atau dua genggam daunnya dan rebus dengan sedikit gula, halia dan bonglai. Air rebusannya kemudian diminum



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net