awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 4-Nov-2006 13:51 Email | Share | Bookmark
Ia bukan sekadar motor

lampu macam kepala ular
Brek depan memang efisyen
gear enam speed
Brek belakang pun disc break
absorber belakang monoshock
minyak pelincir rm28 seliter
cermin cantik
Motor ni aku beli pada tahun 1999, hujung tahun. Waktu tu aku tak mampu nak pakai dua kereta. Kereta kami yang sebiji tu dipandu oleh buah hati aku ketempat kerja. Kita lelaki, mesti gentleman!...kalau kena hujan lelaki ok lagi...tapi kalau wanita, emmmm.....tak sedap dipandang mata!

masa tu aku adalah antara beberapa orang yang memiliki motor jenis ni.....memang terangkat betul . masa itu rata-rata orang pakai kriss atau yamaha 110 sstwo. Harganya agak mahal jugalah...masa tu dah RM5, 700. Sekarang aku dengar dah dekat 7 ribu. Sekarang ramai budak sekolah yang pakai nya....kekadang tu aku heran juga, dari mana dia orang dapat duit? aku bimbang kalau bebudak tu ugut emak bapak dia orang....ish..ish

Motor ni memang sedap ditunggang. Taklah selaju RXZ....tapi laju juga dengan stabil. Ia agak berat, tak mudah bergoncang jika berselisih dengan lori. Ketika lampu isyarat hijau, mula-mula ia memang ditinggalkan dibelakang oleh skuter-skuter atau kriss. Tetapi setelah lima saat kemudian ia akan menerjah kehadapan dengan bertenaga sekali. Brek-brek nya sangat cekap. Kita cuma perlu gunakan satu jari kaki atau tangan sahaja; tak perlu guna tapak kaki atau kesemua jemari tangan. Bunyinya juga merdu dan garang, mengalahkan RXZ.

Aku pernah berulang alik ke Bangi dari Sabak Bernam selama tiga bulan. Dengan sekali berhenti untuk minum....memang tak ade masalah. Jika enjinnya standard ia boleh pergi 120km/j. Lebih dari itu aku dah takut......minyaknya agak kuat kalau dipandu lebih 90km/j. Minyak pelincirnya ade beberapa macam, tapi aku guna yang seliter rm27. Memang sedap!

sekarang motor ni aku simpan je di rumah. Alhamdulillah rezeki semakin baik sekarang dan aku dapat beli sebuah kereta lagi....syukur pada illahi. Motor tu aku naik kalau ke pasar, ke surau atau bila buat ekspendisi....aku rasa nak simpan selagi aku boleh memandu...aku ada banyak nostalgia yang melibatkan motor tu.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net