awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Oct-2006 15:04 Email | Share | Bookmark
Cekur manis @cekup manis@ sauropus androgynus

opss..ada embun laa!
Aku amat sensitif bila melihat embun di atas daun. Aku teringat akan simpulan bahasa 'Bagai embun dihujung rumput'. Semasa sekolah rendah dulu aku banyak baca cerpen di dada akhbar yang mengisahkan seorang wanita yang ditinggalkan oleh kekasihnya atas berbagai alasan. Cinta lelaki itu kepada wanita tersebut dibaratkan laksana embun dihujung rumput.

Gambar ni aku ambil guna SCN mod foliage, tampa flash. Aku tak editnya, betul-betul 'segar' dari kamera. Mungkin gambarnya tak best, kerana cahaya mentari agak terang. Dan lagi kamera aku telah terhempas dari jarak 4 kaki dari atas batu...... anak aku yang buat......aduhhhhhh!

Cekur ni boleh dimasak bening atau masak lemak bersama ubi manis. Kalau nak sedap campiurlah udang basah. Boleh di masukkan lada sulah. Biasanya orang akan buat sambal belacan sekali. Dan goreng ikan basah.

sesetengah perempuan yang lepas bersalin yang susunya kurang air akan menjadikanya sebagai sayur. ia juga akan memulihkan rahim.

kandungannya-air(80%), protein (7%), karbohidrat(10%) dan selebihnya protein, serat, asid amino, zat besi, fosforus, kalsium, papaverin dan vitamin A, B1, B2 dan C.

Nak pewarna hijau? Ha....ambil daun cekur,..tumbuk lumat dan peras untuk dapatkan pati hijau. Biasanya pewarna ni untuk mewarnakan makanan spt seri muka, cendul,,,dlln


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net