awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 22-Oct-2006 01:11 Email | Share | Bookmark
flora ke berapa ye? katalah kedua...

 
mangga madu
cermai@Otaheite Gooseberry@star Gooseberry@Phyllanthus acidus
Di sekeliling aku banyak flora. Jadi aku rakamlah gambar-gambar tentangnya. Kalau aku ikut tentera malaysia ke Lubnan tentulah suasana kebinasaan akibat perang yang aku rakam....
Untuk mengambil gambar-gambar pengatin aku sebenarnya tidak berminat...aku rasa janggal pulak! Lagi pun nak ambil gambar pengatin tu kena lihat mood dia dulu...kalau hambar saja tentu hasilnya tak memuaskan. Lain pulak flora.....ia 24jam sedia untuk di snap! Sedia dalam keadaan cantik, tak perlu dimekap. Jadi masa aku dapat dijimatkan........ kalu tetiba je nak tukar bateri, ia boleh tunggu dengan tersenyum!..cuba berlaku pada orang ke pegantin ke vip ke...emmmm tak ngelabah dibuat nye!

Itulah aku.....

Gambar ketiga tu buah cermai (kata orang melayu). Orang jawa kata cerme. Filipina kata Iba atau Bangkiling. Siam kata Ma-yom. masa kanak-kanak dulu suka tumbuk buah ni dengan gula pasir. Letak kicap sikit kemudian makan sikit-sikit guna sudu kecil. Ada orang kata daunnya tu kalau direbus dan dibuat mandian boleh mengurangkan demam-demam yang disertai measle...awang tak pernah buat tapi kajian FRIM mengatakan demikian.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net