awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Oct-2006 16:02 Email | Share | Bookmark
Buaya

 
gosok gigi kau!
tengah makan ni
Hari ini dah tiga ekor buaya yang 'tak bersalah' telah ditangkap dan di bunuh oleh orang sarawak kerana menyangka itulah buaya yang telah membaham beberapa orang penduduk di situ. Bilakah buaya yang saebenar akan tertangkap? Kita tungguuuuu.........

Buaya ni adalah pemakan daging dan makan di dalam air. Oleh kerana ia hebat dalam teknik terapung di air serta mendekati mangsanya tampa dilihat, ia berjaya menyerang mangsanya. Sekali ia berjaya menangkap mangsanya, ia akan membalik-balikkan mangsanya berkali-kali. Aku pernah tengo situasi ni dalam animal planet. Buaya akan garang sewaktu ia sedang melindungi telur atau waktu air sungai semakin kering kerana kemarau. Telur tu biasanya disorokkan di dalam semak atau pasir. Lama juga ia menjaga telur tu.a agak-agak hampir empat bulan lah......

kata kenalan aku, buaya dulu-dulu sangat besar! Ada yang panjang 50 kaki. Beratnya tentulah beberapa tan metrik! Tapi yang ada sekarang mungkin dalam 10-13 kaki je. Seganas-ganas buaya, ganas lagi manusia. Contohnya yang mengganas di Lubnan baru-baru ni....faham kan?

gambar ini aku ambil duuuuluuuu.......tahun 2002. Itulah waktu pertama aku guna kamera digital. Itu pun kamera majikan. Jenis Sony, pikselnya 1.3 juta. Dan sangat besar...masa tu tak tahu apa pun...tenang dan tembak saje..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net