awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Sep-2006 12:34 Email | Share | Bookmark
SMKASL;Perginya seorang aktivitis untuk selama-lamanya

bertugas di MSSD 2006
merahsiakan kesihatannya
melatih ahli pbsm smkasl
mesra dengan pelajar-pelajar
Beliau adalah orang tempatan Kg. Sungai Nibong. Namanya Cikgu Ahmad Yani. Sejak zaman bujang lagi beliau telah memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar Simpang Lima. Beliau adalah jurulatih silat dan tae Kwan Do. Dalam masa yang sama beliau adalah jurulatih bertauliah PBSM. Beliau banyak meluangkan masa untuk menaburkan jasa kepada hampir kesemua sekolah-sekolah menengah di Sabak Bernam . Banyak membantu PPD Sabak Bernam dalam hal berkaitan dengan PBSM.

kepada masyarakat SMKASL beliau tidak asing. Malahan Isteri beliau juga adalah Steward di Asrama SMKASL.. Pemergianya adalah suatu kehilangan besar kepada kami. Kepada semua yang mengenalinya marilah kita hadiahkan fatihah setiap kali kita selesai menunaikan solat wajib....Kepada keluarga allahyarham kami sangat simpati dan kami tak lupakan anda semua walaupun allahyarham telah tiada....

sesiapa yang mengenali allahyarham, lontarkan sedikit kata-kata semangat untuk kaum keluarganya...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net