awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Aug-2006 11:41 Email | Share | Bookmark
Jambu tampa biji

bukan guajawa...tapi guava
rangup, manis dan segar
air rebusan daun ada nilai perubatan
Jambu tampa biji ini dulu Ditanam di Siam. Sekarng dah banyak ditanam di Malaysia. Ia sebenarnya adalah klon dari jambu batu (Psidium Guava). Aku kurang pasti berapa klon jambu batu yang telah berjaya di cipta.

Jambu batu atau Guava ni asalnya dari Kawasan Tropika Amareka. Tapi telah banyak yang ditanam lain-lainbahagian di dunia. Di Malaysia sendiri lebih kurang 1500 hektar tanah telah ditanam dengan jambu batu. Ini perangkaan pada 1997. Purata keluaran jambu batu untuk setiap hektar ialah 24-34 ton setahun. Dengan harga RM3.50 sekilo bagus juga pendapatan mereka.

Isi jambu batu memang manis, terutama yang berwarna merah. Yang berwarna kuning manis juga. Budak-budaj suka makan mentah. Tapi aku suka buat jus jambu. Kalau dicampurkan dengan ais....hmmm....memang lazat. Kalau kurang masak janganlah dimakan, boleh sembelit wooo.... Bapak aku pernah tebang separuh dari pokok-pokok jambu kami pasal kes ni....makanlah yang masak ranum.....

pokok jambu yang tumbuh di kebun tu belum pasti ditanam orang! mungkin tumbuh dari najis musang yang memakan jambu. Sebab bijinya sangat kerassss.......Ada gak peranan musang!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net