awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Aug-2006 14:11 Email | Share | Bookmark
Raja Buah

bijinya sebesar ibu jari kita
Durian ialah buah yang menakjubkan. Lihatlah kulitnya yang berduri. Baunya pulak kuat. Rasanya manis dan berkrim....

Kekawan tahu tak nama-nama durian? seingat aku ada empat.......; Durio Zibethinus, Durio Lowianus, Durio Oxleyanus dan Durio Graveolens.

Kata kawan aku di Pahang pokok durian boleh membesar sehingga 40 meter tinggi. Mak Oi...Dah sah tenaga potensi pada buahnya tu banyak. Jangan berani-berani le duduk bawah pokok tuh....walau pun kepala kita keras dan keras kepala.....kalau kena hempap boleh KO

Isi durian ada macam mana? Ada yang berwarna kuning selain berwarna oren dan Arils. Kulitnya? Kulitnya berwarna hijau atau cokelat.

Petang tadi aku nampak durian klon. Antaranya D23. Tapi yang paling popular ialah D24. Durian ganja pun ada!..jangan terperanjat......rasanya? .sedap pppp!....gambar di atas tu adalah durian ganja. Isinya tebal....Seulas isinya tak cukup genggaman kita. Pulak tu bijinya kecil, macam ibu jari kita !!!!

Durian kaya dengan karbohidrat, protein, lemak, kalsium dan vitamin A dan C. Siapa yang ada masalah kesihatan janganlah makan banyak. Aku dah jumpa dua orang meninggal pasal terlajak makan durian.....

Aku suka makan durian gitu aje....Kekasih aku suka durian dengan bubur kacang hijau..Pak cik aku makan dengan nasi....Mak angkat aku di Penang makan durian dengan pulut. Kekawan macam mana?...


Bosan makan gitu aje, boleh juga dijadikan lempok atau dodol.... Buat tempoyak .....atau sambal durian!
Kalau kekawan ada dusun durian yang berkualiti bolehlah dieksport ke Singapura, Hongkong atau Brunei.

jom...makan sama....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net