awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Jul-2006 15:39 Email | Share | Bookmark
Pengisar kopi & bekas air

macam atuk aku punya
jenis ni aku tak pernah guna
Bolehlah tahan sekerat hari
perkakas-perkakas ni dari dunia penanam kopi. Tuk aku pun ada. Masa tuk aku tengah lelapkan mata, aku ambil segenggam kopi dari dalam bakul bemban dan mesin. Seronok betul melihat kulit-kulit kopi tu terkupas dari bijinya.

Sebelum disangan dan ditumbuk, biji-biji tu kena jemur dulu.....kerjanya cerewet sikit. Tapi itu tak seberapa, memetik kopi dari pohonnya lagi cerewet.....

kopi yang banyak ditanam adalah dari jenis Coffea Liberica dan Coffea canephora. Ia diperkenalkan di Tanah Melayu dalam tahun 1779. Benihnya dari Afrika Barat. Perkembangan tanaman kopi sangat pesat sehinggalah pada akhir 1890an apabila Brazil mula mengeluarkan kopi secara besar-besaran. Peladang-peladang yang sempat mengaut kekayaan adalah dari kalangan orang putih. Di Selangor, pekebun-pekebun kecil melayu mula menanam kopi selepas 1885. Kebanyakannya orang-orang jawa kerana mereka telah ada kemahiran yang dipelajari dari sistem penanaman kopi Belanda di tanah Jawa.

Kandungan nutrisi kopi

selulos 35%
protein 1%
air 12%
Lemak 12%
Gula 9%
caffeic acid 9%
Abu 4 %
Kaffein 13%
Lain-lain 5%


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net