awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Jul-2006 11:42 Email | Share | Bookmark
ASAL USUL SABAK BERNAM

tebing kiri sungai, depan tu kuala
jambatan jeti
sampan dari seberang kota
Menurut sumber lisan, nama Sabak Bernam ni datang dari perkataan "Sebab Bernam". Ia mengenai enam orang sahabat baik, mungkin macam jebat&Tuah, menyusuri Sungai Bernam. Dalam masa belayar tu ada sebatang pokok yang menghalang perahu mereka.Namun dengan ikhtiar enam sahabat tu kayu balak yang besar tu dapat dialihkan. Disebabkan peristiwa itulah tempat ini diberi nama Sabak Bernam. Tentunya enam orang tu gagah-gagah belaka.

Nak percaya atau tidak terpulanglah ...........Bila aku siasat lebar sungai ini, aku pening juga. Sebab ia lebar. Boleh jadi 200 meter lebar! Ada ke balak yang setinggi tu disini dulu?

Mungkin balak tu menghalang sebahagian sungai je. Mungkin perahu mereka dibawa arus deras dan tersangkut di balak tu.....Sebab arus di sini memang deras. Aku rasa dalam 5not/jam.....kalau perahu tersangkut pada balak di sungai yang berarus deras memang sangat merbahaya.....tenaga kinetiknya sangat kuat!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net