awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 18-Jun-2006 05:37 Email | Share | Bookmark
basikal Jepun

basikal jepun
basikal zaman 60an
baik naik kuda
Basikal di atas adalah basikal khas tentera jepun. Ia dikayuh oleh mereka semasa mara keselatan dari utara semenanjung. Ia unik sedikit. Ia ada 'carrier" di depan dan di belakang. Gelegar/pembuluh basikal ini tak rata tetapi melengkung. kenapa begitu? Sterengnya pun bertingkat. Tempat duduknya lebar dan besar.Tentunya ada spring yang berfungsi sebagai penyerap hentak. Lampu utamanya juga besar. Ingat! tak guna mentol tau! Sebab dinamo nya pun tak ada. Ia adalah lampu pelita.Kalau bukan nyalaan karbaid munkin dari pembakaran minyak tanah.
Di Jepun menunggang basikal masih popular, terutama yang naik 'bullert' ketempat kerja. Mereka akan berbasikal dari rumah ke stesen kereta api tu. Di China lagilah......macam semut. Di malaysia cuma budak-budak sekolah rendah yang berbasikal. Kalau nampak orang dewasa naik basikal itu mungkin orang Indon atau vietnam atau myianmar atau nepal. Kalau Jalan naik turun bukit siapalah yang nak berbasikal! baik tunggang kuda kan.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net