awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 1-Jun-2006 01:38 Email | Share | Bookmark
Ekpendisi lagi

Ini gambar lama aku Suatu ketika aku dipelawa untuk berkelah di hutan. Kata mereka hutan ini berumur lebih dari 130 juta tahun. Aku ni bagai orang mengantuk disorongkan bantal .Sebelum sampai di destinasi itu aku perlu menyusuri sungai; Sungai Tahan. Sungai Tahan terletak di dalam Taman Negara Malaysia dan merupakan kawasan yang baik untuk memancing. Sungai Tahan juga mempunyai air terjun setinggi 152 meter dari Kuala Teku di kaki Gunung Tahan. Terdapat lebih 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan Kelisa dan ikan Kelah di sungai Tahan. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing. Kita juga boleh mandi manda di Lubuk Simpon atau di Air Terjun Lata Berkoh. Di sini juga terdapat Pusat Santuari Ikan kelah. Anda boleh beri ikan makan, dan mandi bersama ikan liar yang mahal ini. Dengan membayar RM80 (harga sebelum minyak naik) anda dibawa oleh boat berinjin yang laju hingga ke kaki gunung Tahan. Kalau anda sanggup untuk menyusuri sungai dengan perlahan anda akan berpeluang bersemuka dengan beberapa spesis burung saperti burung raja Udang, Lesser Fish Eagle, burung pemangsa lebah ( red-bearded bee-eater), chessnut-napedforktail, Oriental Pied Hornbill, Black-and-yellow broadbill, Oriental Dwarf KingFisher, Buffy fish Owl dan Rhinoceros Hornbill. Maaflah nama burung-burung tu dalam bahasa Inggeris sebab itulah yang dibertahu oleh Niek Bosmans dan Rob Bouwman; dua orang Belanda yang sama-sama buat ‘birding’. Jom birding...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net