awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-Mar-2006 00:58 Email | Share | Bookmark
jangan diperkuda atau mengkudakan...

kuda tu jelous
tidur berdiri
kuda ni tengah mimpi
kuda untuk di sewa
Gambar 'anak aku' Nazia dengan dua orang rakan-rakannya di P. Dickson. Yang seorang tu condong sangatlah... Perhatikan kuda di sebelah mereka tu.... aku rasa kuda tu mengumpat mereka bertiga!....Bila aku tanya kuda tu apa yang dia nak cakap pada tiga orang anak dara tu..... katanya ' Jangan rela diperkuda oleh manusia, jangan memperkuda orang lain dan last sekali......Perkudakan aku....aku relaaaaaa....sebab aku kuda.

Kuda Padi popular di Malaysia. Banyak terdapat di Kelantan dsn sabah.di kelantan sahaja ada lebeh kurang 1, 000 ekor. Kuda itu diperkenalkan sejak zaman dahulu lagi oleh para pedagang-pedagang yang berdagang kelantan. Bukan sahaja orang kaya malah orang kampong pun memiliki kuda. Ada yang memeliohara kuda kerana kecantikan kuda itu. Ada pula yang memeliharanya kerana kehebatan. Ramai juga yang membelanya kerana tarikan dari acara-acara perlumbaan kuda. Kuda banyak dilihat di Gelang Mas, Tendong dan Pantai Cahaya Bulan. Perlumbaan kuda ada juga dilangsungkan di Pantai Irama, Bachok, Cabang Empat Tumpat dan Tebing Sg. Kelanta,Di Bukit Ajil terdapat Pusat pembiakan Kuda yang menkacukan kuda padi dengan kuda Arab bagi baka yang baik, cantik, lasak dan daya tahan melawan penyakit yang tinggi.mBaka Kuda ini dipanggil kuda Bimo atau Belimo.
Di zaman batu orang memburu kuda untuk dapatkan protein. Bila orang semakin bijak, mereka menjinakkan kuda untuk memburu binatang. Selamatlah kuda. Kemudian Kuda digunakan di dalam peperangan. Bagi petani kuda
digunakan untuk membajak atau kerja-kerja di lading. Penambang-penambang menggunakan kuda untuk kereta kuda. Setelah enjin kenderaan di cipta, peranan kuda dalam pengangkutan dan perhubungan pupus.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net