awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 23-Mar-2006 14:27 Email | Share | Bookmark
kelajuan benda jatuh dari tempat tinggi

Pada suatu hari aku stress kerana kerja dan hal-hal rumah. Jadi aku bawa orang-orang yang aku sayangi keluar jalan-jalan ke Shah Alam. Dari Shah Alam ke Klang kemudian ke Puchong. Selepas itu ke Bangi. Ke Kajang sekejap kemudian balik semula ke Shah Alam dan tidur malam di sana. Dari Kaca tingkap suite aku tuh nampaklah bangunan pencakar langit ni.....ketika itu lah aku terfikir perkara berikut;

Jika aku lontarkan sebiji bola ke udara , tindakanbalasnya adalah berbagai. Mula-mula kelajuaanya akan semakin berkurangan dan kemudian akan berhenti untuk beberapa ketika di udara dan akhirnya mula untuk jatuh ke bumi. aku pasti bola itu akan jatuh dengan perlahan dan kemudiannya berttambah cepat. Orang di sebelah ku bertanya; Apakah yang menyebabkan bola jatuh ke bawah dan berapakah kelajuannya?

Aku bisikkan padanya bola jatuh ke bumi kerana tarikqan gravity.. kelajuannya pula 9.8 meter per saat per saat. Ini bermakna setiap saat objek akan bergerak 9.8 meter lebih laju daripada saat sebelum itu.. Faham tak ?.....

Begini ….
• Di penghujung saat pertama bola itu bergerak 9.8 meter sesaat
• Di penghujung saat kedua bola itu bergerak 19.6 meter se saat
• Di penghujung saat ketiga bola itu bergerak 29.4 meter se saat.

Kelajuan objek jatuh tidak serupa di semua tempat. Di kutub kelajuan adalah maksimum manakala di Khatulistiwa ia minimum.

Satu perkara penting lagi ialah kelajuan jatuh objek tidak dipengaruhi oleh jisim objek. Objek berjisim 1 kg akan sampai ke bumi sama waktu dengan objek berjisim 10kg.. Cuma rintangan udara oleh sesuatu objek akan mempengaruhi kelajuannya jatuh. Maksudnya ; sehelai bulu pelepah burung akan lambat jatuh berbanding dengan sebutir peluru yang licin dan runcing. Di tempat tampa udara bulu pelepah dan peluru runcing itu akan jatuh dalam kelajuan yang sama kerana ketiadaan rintangan udara…

Anda tahu apa reaksi orang sebelah aku.....dia tanya apa benda yang jatuh ke atas?...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net