awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 2-Mar-2006 14:31 Email | Share | Bookmark
Lebuh raya Grik-jeli

rehat di kuala kangsar
kekawan minum sama
aku hirup oksijen je
bebudak lagi lapar
aku bersarapan
member posing
hari dah pagi
Pantai barat Semenanjung Malaysia dihubungkan ke Pantai timur oleh beberapa lebuhraya. Lebuhraya karak, lebuhraya Grik-Jeli dan lebuhraya persekutuan Kuala Lumpur-Raub – Gua Musang. Kesemuanya bagus. Kalau nak tengok Negeri Terengganu ikutlah jalan KL-Cukai-K. Terengganu –Kota Bharu. Kalau nak melihat-lihat Pahang ikutlah jalan yang melalui Lipis-Gua Musang. Dan kalau nak menjelajah Perak darul Ridhwan lalulah Ipoh- Grik-Jeli. Kesemuanya ada keistimewaan masing-masing. Semuanya aku dah tempuh tetapi terlalu sedikit yang aku ingat. Banyak kali jugalah. Tetapi saat itu aku tak ada kamera digital. Faham-faham sajalah kalau guna kamera filem. Kalau dah ‘tersnap’ tak boleh nak padam! Lepas tu nak tau silap ke tak kena cuci dulu. Bayangkan kalau yang disnap tu gambarnya tak berkualiti……ruginya.

Gambar ini adalah lipatan sejarahku melalui Highway Grik. Nak bas je. Aku punya Serena Highway Roadstar belum siap. Kata engineer yang mereka bentuknya.sekeru sterengnya hilang dua. Pulak besinya bukan sebarangan besi..kena korek dari Iraq. Iraq pula tengah perang! Jadi entah bila siap Tak tahulah……tak adelah….aku gurau je. Belum mampu nak belilah….

Walaupun naik bas aku duduk atas lima kerusi. Mengapa tidak, semua orang takut duduk belakang. Semua pakat serbu bahagian depan je. Takut mabuk katanya. Tapi setahu aku kalau perut kosong memang senang mabuk. Atau asyik pandang tepi; pandang benda yang kita berseliseh. Macam pokok-pokok ditepi jalan itulah.

Selekoh memang banyaklah. Tetapi jalannya tak curam macam karak. Sesetengah tempat kecuraman tebing tanah adalah 60º saperti di jeli. Maka jatuhan tanah boleh berlaku. Pada December 2005, di laluan FT 004 iaitu di kampong batu melintang Luar telah berlaku jatuhan tanah. Sekarang dah dibuat suatu binaan konkrit saperti terowong. Kalau sedikit tanah jatuh tidaklah merosakkan kenderaan yang lalu di dalamnya

Ketika orang lain enak tidur aku melemparkan pandangan keluar tingkap bas. Kelihatan deretan bukit yang berbalam-balam. Di sinilah berlakunya kejadian 69 buah loji/jentera pembinaan serta pembunuhan dua orang awam pada 24 Mei 1974, 11 Ogos 74 dan 19 Ogos 74. Untuk menangani situasi ini, ramai anggota Sukarela Askar Wataniah dikerahkan berkawal. Banyak pos-pos askar didirikan. Tetapi selepas tahun 1992 rasanya pos-pos itu ditutup satu persatu. Sekarang tinggal dua kem sahaja yang tinggal. Salah satunya di batu melintang inilah.

Kelajuan semua kenderaan di sini sederhana, tak ada yang lebih 100km/jam. Kalau di Karak jangan main; setakat 120km/jam tu biasalah…tempat rehat ada juga. Kami berehat di Kuala Kangsar untuk minum malam, hentian batu lintang untuk solah subuh dan breakfast. Memang seronok breakfast di sini. Makan dibawah gerai kampong, diiringi oleh bunyi- bunyi mergastua dan belaian angin pagi yang sejuk dan segar. Sesekali deruan kenderaan lalu memecah keheningan pagi yang berkabus nipis. Sungguh cantik pagi di tanah airku….. aku sayang pada mu MALAYSIA.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net