awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Feb-2006 12:00 Email | Share | Bookmark
Kelong resort untuk Si kaki pancing

pantai berlumpur
jetty ke kelong
Dalam beberapa hari kebelakangan ini aku sangat sibuk . almaklumlah tahun baru, dengan tangungjawab baru. Gambar yang aku ambil ini ialah di pantai Bagan Nakhoda Omar. Sesetengah orang mengenalinya sebagai bagan kedumo. Macam bunyi jepun aje…Pantainya tidaklah secantik di Pangkor. Agaknya lebeh kurang macam moriblah. Ada Lumpur sikit. Bagi kami kira OK lah. Sungguhpun berlumpur namun ada rezeki di dalamnya . Ada kerang. Ada mentarang. Kalau nak makan kerang segar datanglah ke sabak bernam. Tak semesti ke bagan kedumo. Yang berani lagi bolehlah memancing di kelong; ditengah laut. Kelong ini kelong moden. Macam banglo atas laut. Caj nya berbagai. Berikut adalah sebahagian daripada pakejnya.

PAKEJ MEMANCING
Pakej 1 (Biasa)- 24jam
- RM128 seorang
*termasuk pergi balik dari jeti, makan malam, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang

Pakej 2 (Biasa)- 24jam
- RM100 seorang
*termasuk pengangkutan pergi balik dari jeti

Barangan Untuk Sewaan :
- joran
- kerusi malas
- set memanggang (BBQ
- RM 30 sehari (tidak termasuk umpan, mata kail)
- RM 15 sehari
- RM 60 sehari

LAIN-LAIN PAKEJ
Pakej 3 (Mesyuarat/Perniagaan) -pagi hingga petang
RM80 seorang (kapasiti : 20-100 orang)
* termasuk pengangkutan pergi balik dari jeti, makanan dan minuman, P.A System & Projektor, Bilik Mesyuarat

Pakej 4 (Seminar) - 2 hari 1 malam
RM160 seorang (bilik biasa)
* Disediakan selimut dan tuala mandi
* Pakej termasuk pergi balik dari jeti, makanan dan minuman, P.A System & Projektor, Bilik Mesyuarat

RM170 seorang (bilik berhawa dingin)
* Disediakan selimut dan tuala mandi
• Pakej termasuk pergi balik dari jeti, makanan dan minuman, P.A System & Projektor, Bilik Mesyuarat

Pakej 5 (Tour)
RM30 seorang (minimum 5 orang)
* termasuk pengankutan pergi balik dari jeti, minuman dan makanan ringan
Kemudahan Lain; Surau
- Bilik Karaoke , maksimum 5 orang : 2 jam pertama RM100, jam berikutnya RM50
Selain

PAKEJ PENGINAPAN; Sekendi Suite. Harga bilik RM 388. boleh muat 5 orang. Ada astro, pembancuh kopi, almari, kerusi rehat dan tandas persendirian.

Sebenarnya ada banyak pakej. Datanglah ke Pejabat Daerah Sabak Bernam dan tanyalah pegawai yang menyelianya.Ini pun pakej tahun lepas. mungkin tahun 2006 ini ada perubahan.


saujana mata memandang


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net