awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 12-Jan-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
Lahad Datu;Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula...

 
 
Aku pernah berada di sini, jauhnya dari tempat aku rasanya lebih dari 1 700 km. Aku tiba pada 1981. Bersama dengan beberapa budak kampong yang lain. Gambar ini di ambil pada 1982 agaknya . Siapa yang ambik ,aku tak ingatlah……inilah kisah tempat tersebut

Asal Usul Lahad Datu

Perkataan Lahad Datu berasal dari bahasa suku kaum Bajau. "Lahad" membawa makna tempat dan "Datu" ialah (keturunan Datu). Ini adalah bersempena dengan kedatangan orang-orang yang berketurunan datu-datu yang datang daripada kepulauan Sulu yang di ketuai oleh Datu Baginda Putih sebelum tahun 1879, untuk urusan perniagaan dengan orang-orang tempatan di Daerah ini.

Lokasi

Terletak di Timur - Selatan Sabah menghadap Laut Sulewesi (Celebes Sea) dan Teluk Darvel. Terletak diantara garisan lintang (latitudes) 4 darjah 44'U dan 5 darjah 17' U dan garisan bujur (Longitudes) 117 darjah 25T. Daerah-daerah yang bersempadan dengannya ialah Daerah Kinabatangan di sebelah Utara, Daerah Kunak di sebelah Timur manakala Daerah Tawau dan Semporna di sebelah Utara.

Kedudukan Bandar Lahad Datu berada dipertengahan jalanraya Tawau ke Sandakan
Ladang-ladang sekeliling dihubungkan dengan jalan-jalan "Gravel". Jalan-jalan kepunyaan Jabatan Kerja Raya (JKR) tentulah ada. Jalar tar dah banyak dan panjang-panjang. Tetapi jangan terperanjat kalau ada terperangkap dalam kesesakan kereta di sana. Ini kerana kereta banyak di sana. Satu rumah paling kurang ada 3 kereta. Belum masuk Pick up, lori dan van. Daerah ini mempunyai Lapangan Terbang yang boleh mendaratkan Kapal Terbang jenis Fokker Frindship 50 dan Twin Otters (orang kata belalang). Perkhidmatan Fokkier Frindships 50 adalah antara Lahad Datu dan Kota Kinabalu sahaja setiap hari, manakala Twin Otters pula beroperasi ke Temanggung Daerah Sandakan.

Pengangkutan melalui laut dan sungai dengan menggunakan perahu masih digunakan oleh penduduk-penduduk di persisiran pantai, sungai Segama, sungai Tungku dan pul;auseperi pulau Sakar. Bot mereka laju-laju. Daerah Lahad Datu mempunyai sebuah pelabuhan yang berkapasiti 10,000 tan (DWT) yang digunakan oleh kapal pengangkut kargo.

Daerah Lahad Datu mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan jumlah penduduknya sehingga tahun 1997 sebanyak 126,404.55 orang. Sebutlah suku apa….ada di sana….

Terdapat 14 buah kawasan setinggan di Daerah lahad Datu antaranya iaitu Kampung Burung, Puyut, Bakau, Singgamata, Unta, Air, Ipil, Lok Buah dan Kampung Sebarang Airport.Setiap kawasan setinggan majoriti penduduknya dikalangan Pendatang Tanpa Izin. Jumlah kasar setinggan lebih daripada 4000 buah rumah. Kawasan taman perumahan ada 22: taman aman 1&2, Gabungan, Muhibbah peringkat 1&2, Fajar, Executive, Eastern, Mewah, Setia, Gembira, Bandar Tabanak, Aman 3&4, Pertama satu, Public Villa, Kah Foh, Hing Nam, Maju, CL, Harapan dan Bakawali…ada yang tertinggal ke…..?

sekolah menengah ada 11, sekolah rendah 37 dan tadika 22.

Terdapat 8 buah kilang yang besar dalam daerah ini antaranya iaitu Kilang Papan Gutimas, Kilang Papan Superco, Kilang Papan Ideapact, Lahad Datu Edible Oil, Kilang Batu Otentik, Kilang Southern Plywoods, Kilang Papan Fordeco dan Kilang Papan Pinayas. Walau bagaimana pun terdapat juga kilang-kilang yang terletak dikawasan terpencil seperti Kilang Papan Sahaban, Kilang Papan Pacific Hardwood, Kilang Sawit Lokam, Kilang Sawit Borneo Samudra, Kilang Sawit Tabung Haji, Kilang Papan Unico, Kilang Sawit Melawar, Kilang Sawit Kwantas, Kilang Sawit Unico, Kilang Memproses Kelapa, Kilang Plywood Zenova, Kilang Papan Nasib Daya, dan Kilang Sawit a,b,c,d,e,f,g,h,i,j, milik FELDA. Gudang Bernas, Shell Depoh(Bahan Disel), Kwantas Depoh(Bahan Disel), dan Pelabuhan Baru di Lahad Datu








jamuan makan sempena perkahwinan salah seorang guru st dominic


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net