awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Jan-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
seketika di bumi Hang Tuah

 
Sejarah melaka mula kenali apabila aku menonton andewara jebat-tuah yang dipentaskan oleh pelakon-pelakon bangsawan . kemudian aku dan kawan-kawan melakonkan semula adegan-adegan itu di waktu petang dimana-mana saja bila berkesempatan. Selepas itu membaca buku-buku sejarah melaka atu sejarah tokoh-tokoh yang berkaitan dengan melaka.

Selepas beberapa kali melewatinya, pada tahun 1998 aku menjejakka kaki ku di sana. Aku terasa dikelilingi leh piut-piut tuah lima saudara., hang lipo dan lain-lain nya.. Melaka dibuka oleh Parameswara pada 1396. Tapi rasanya orang asli dah ada disitu sebelum itu. Selepas itu ia berkembang menjadi pelabuhan kepada kapal-kapal dari china, India, Arab dan Eropah. Pada 1511 ia takluki oleh portugis dan seterusnya belanda. Agaknya macam iraq sekaranglah, dulu dibawah british, sekarang dibawah pakatan british & amareka . Dalam tahun 1795 melaka diserahkan kepada british kerana belanda di tawan oleh Perancis. Masa perang napoleon tengah membara di Eropah. Pada 1818 ia diserahkan balik pada belanda tetapi dibawah perjanjian Vienna ia diserah balik kepada british setelah belanda terliorkan bencoleen yang waktu itu di bawah british. Nak tahu ceritanya lagi datang ke Melaka….Lawat muzium kemerdekaan…sebahagian maklumat ada di situ. Tapi jangan datang hari Isnin, pekerjanya cuti.

Berdekatan di situ ialah Istana Sultan Melaka….istananya je, sultannya tiada. Khabarnya waris-waris sultan melaka memang ada tetapi masih tak dapat naik tahta lagi. Entahlah… aku pun tak paham macam mana jadi begini……Istana ini ditutup pada hari selasa. Sebenarnya banyak lagi nak cerita . masjid kampong kling, stadthuys, muzium rakyat, makam hang kasturi, muzium marin, kebun buah-buahan tropika dan bla..bla… tapi kalau anda dah tahu sekarang tak syoklah…..tengok sendiri dan ambil pelajaran dari sana. Jangan balik bawa cincalok melaka saje…….
[url][url]





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net