awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 8-Jan-2006 00:00 Email | Share | Bookmark
Terima kasih semua warga Pusat Sains Negara, jasa anda kami harg

Aku terlibat dalam program anak angkat Pusat Sains Negara 2005. Dalam program ini kanak-kanak yang berumur antara 12-14 tahun ini akan diberi motivasi, menghadiri bengkel sains dari DLL, Edrich consultancy, Meridian, Netcounsin, Mad science, bengkel computer dari technokids, bengkel astronomi dari kelab astronomi, project young scientist, buat drama sains, draw squad dan bengkel muzik dari redang.kanak-kanak ini sebahagian besar adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan; kebanyakannya dari luar Bandar. pengambilannya adalah dari kementerian pendidikan. Kira-kira aku ni mewakili selangorlah…..semua negeri menghantar wakil….semua nampak seronok terutama yang dari sabah dan serawak…ya lah , bukan senang nak datang ke KL ni. Menginap di hotel..makan minum ditanggung. Makan 5 kali sehari. Wow! Bila sampai rumah timbang badan berat naik 1 kg! Dari hotel ke PSN kami diangkut dengan bas. Dapatlah tengok jalanraya di KL sesak bila waktu siang…tapi kami tak kisah, kami ada driver. Maka ramailah yang tridur waktu balik dari PSN ke hotel penginapan.

Pusat Sains Negara adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal di bawah kementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar
Misi PSN adalah untuk mencetuskan dan menyemai minat rakyat Malaysia kea rah pembelajaran Sains dan Teknologi sepanjang hayat…..aiseiii bersyarah pulak. Ada banyak program di sini….untuk pra sekolah, untuk sekolah rendah, untuk sekolah menengah. Masa lawatannya ok juga; dari sabtu hingga khamis (9.00pg-5.00ptg). Cuma masuk kenalah bayar. Pelajar sekolah anatara RM2 – RM3, kanak-kanak RM3 dan orang dewasa antara RM5- RM6

Secara peribadi aku berpendapat semua orang patut datang ke sini. Memang banyak faedahnya. Aku sendiri 5 hari di sana tak jemu-jemu. Rasa nak datang lagi ni. Hubungilah 03-20921150 atau Laman Web www.psn.gov.my

Kepada kawan-kawan yang telah sama-sama seminggu di psn, saya ucapkan selamat maju jaya. Terutama untuk guru dari melaka yang aku kalahkan nya main Chess; jangan give up ya. Cikgu bahruddin; selamat tahun baru 2006.Cikgu Hadijah…terima kasih cd tu. wanita nombor dua dari kiri itu ialah Pegawai di PSN. Khabarnya masih single.....yang kelima dari kiri itu pun single juga(Hadijah).
[url]

http://srv.fotopages.com/2/8953148/pengiring-pengiring-pelajar.jpg[img][/img]





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net