awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 8-Jun-2010 00:10 Email | Share | Bookmark
Bantuan kemanusian: cabaran

Buat pertama kali dalam sejarah mausia modern, perjalanan misi bantuan kemanusian dari pelbagai NGO dari pelbagai negara telah diserang dan digagalkan oleh suatu regim yang semua orang tahu.

Memandangkan bantuan kemanusian melalui jalan darat sebelum ini gagal dihantar kerana kepungan oleh regim berkenaan dan sahabat-sahabatnya maka misi terbaru ini menggunakan jalan laut.

Ketokohan negara turki dalam mengurus pergerakan misi patut dihargai harus diteladani. Walaupun Turki negara bukan kuasa nuklear, namun rasa tanggungjawab yang meluap-luap menyingkirkan semua kebimbangan kepada risiko yang bakal menimpa. Dan jelas, walau pun dicabar selepas itu oleh regim laknat, Turkey tetap melangkah kehadapan dengan yakin dan berani.Lantas tidak semua rancangan regim itu mereka dapat laksanakan. Bayangkan jika semua negara Arab dan sahabat-sahabatnya turut dalam menyokong misi ini

Awang memasukkan gambar-gambar ini disini kerana ingin meyimpannya. Takut nanti gambar-gambar ini ditarik balik oleh pemiliknya. Tak dapatlah kita nak melihatnya sedangkan tragedi ini adalah sejarah besar dalam dunia moden.

Tuduhan regim bahawa misi membawa senjata hanyalah tuduhan liar dan alasan untuk mereka menyerang konvoi kapal ini. Lihatlah gambar-gambar berikut, adakah suasana ini mengambarkan mereka ini pengganas?




mereka ini adalah orang awam yang menganggotai NGO, yang tiada citarasa politik tetapi kemanusiaan semata.Tiada langsung unsur-unsur pengganas!

dan kapal ini pun tidak bercirikan sebuah kapal perang. Mengapa mereka diserang? Dan berlaku di perairan antarabangsa!



komando regim mendarat dan mengganas di atas kapal kemanusian di perairan antarabangsa. Jika regim tega bertindak begini, mengapa NATO tidak bertindak menghalangnya?



Antara mangsa-mangsa lanun 'berlesen'.



bantahan atas sikap durjana regim di Turki




bantahan didepan kedutaan Amerika

Bantahan di sabah


Yang di bawah ini bantahan dari orang awam di Canada

Sementara di bawah ini bantahan di Tel Aviv sendiri.........ikhlas ke dia orang ni!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net