awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-May-2010 14:56 Email | Share | Bookmark
Hari guru 2010


Tahun 2010 ni Awang tak bawa kamera. Lalu tiada gambar hari guru yang dirakam. Gambar-gambar ini saja -saja ambil dengan Nokia N70. Dari ngantuk ngantuk gitu, main-main lah dengan N70. Murid-murid yang digambar ini adalah murid-murid yang mengucapkan selamat hari guru kepada Awang. Itu antara cara mereka menunjukan penghargaan kepada guru-guru yang mendidik mereka. Ramai juga yang memberikan hadiah. Bagi Awang berat juga hati nak menerima hadiah-hadiah tu. Maklumlah di zaman kemelesetan ekonomi dan subsidi pun kununnya nak ditarik, bukankah wang mereka elok disimpan untuk kegunaan mereka sendiri bila mereka memerlukan.

Tahun ini semua guru dan kakitangan menerima penghargan dari pihak sekolah. Bergantung kepada kekuatan yang terzahir, mereka akan diberi hadiah dan sijil.Bukan senang untuk mengesan kekuatan atau kelebihan pegawai-pgawai yang begini ramai. Tapi itu lah yang patut dilakukan. Seorang ketua yang baik ialah seorang ketua yang mengenali rakan pasukannya. Tahu kekuatan dan kelemahan organisasinya.Menjadi mudahlah baginya untuk menyusun strategi dan projek di dalam organisasinya.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net