awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 2-May-2010 11:12 Email | Share | Bookmark
Touring 2010



Aisbiran mencadangkan kami buat ekspendisi motor ke Pangkor.Dan dia ada pelawa awang untuk ikut sama.Sekali pelawa, rasa macam tak nak.Mana kan tidak, badan dah keras di sana sini.Otot dah tak kuat macam muda-muda dulu. Tapi bila dia pelawa sekali lagi, Awang rasa tak sedap pulak kalau tak join. Tambahan pula bila terdengar kawan yang ada 'sikit'-'sikit' sakit pun nak pergi juga. Jadi rasa tercabar.OK lah joint sama. Tapi, motor apa yang nak ditunggang? Motor yang ada ni macam tak berapa syok je......Nak dijadikan cerita, pada suatu pagi sedang Awang jalan-jalan di depan Majlis Daerah, ternampak kelibat sebuah motor. Entah motor, tak pernah tengok sebelum ini. Lalu Awang surf di internet.....Emmm Kawasaki klx450........okay juga. Tahun lepas pernah nampak konvoi dual purpose melintas Sabak Bernam. Tak pernah memandu motor dual-purpose.Tapi Dirt bike adalah.Nanti dulu.............yang dibawah kecik sikit cc nya

tentu harganya lebih murah sebab cc nya hanya 150. Tapi yang satu lagi dibawah ni cantik la.............

nampak tegap dan sasa..Cukup ke duit nak sambar..paling tidak 60k ni........tapi tadi ade kawan beritahu, di kedai dah sampai model di bawah ni

namanya Suzuki Belang.................(kenapa indon letak nama belang hah?) untuk orang berumur macam Awang ni, ok ke?

pandangan dari sudut hadapan.... nak tengok sekali lagi .Nak test, sedap tak.....
Motor ni memang istimewa. Enjin nya walau pun 4 stroke tetapi valve nya 4. Tambahan pula ia jenis DOHC , bukannya SOHC saperti LC135. Biasanya hanya superbike sahaja yang berenjin DOHC. Suhu enjin ini disejukkan oleh sistem penyejukan minyak pelincir. Ini lebih baik berbanding sejukan air (macam kereta). Tak adalah masalah radiator karat. Dan biasanya enjin begini lebih stabil kepanasannya.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net