awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-Apr-2010 15:22 Email | Share | Bookmark
Nasib muzik tradisional


pemain muzik kompang

kompang Jawa. Masihkah mereka ini aktif? ini gambar7 tahun lepas! Awang tak berapa kenal sebahagian dari mereka. Siapa tahu tolong perkenalkan nama mereka disini!
kalau tak silap kesemua veteran ni penduduk kg sg air tawar atau Parit Baru. Awang difahamkan bahawa mereka ini adalah otai-otai kompang. Kalau lah diadakan program realiti saperti akademi fantasia untuk permainan kompang, mereka ini layak jadi pengkritiknya. waktu zaman PM Malaysia ialah T.Abdul Razak, minat orang kampung kepada kompang masih kuat. Boleh dikatakan setiap kariah masjid ada beberapa kumpulan kompang. Pada setiap minggu, mereka akan turun berlatih sekali. Biasanya waktu malam.Sebaik sahaja selesai solat Isya', mereka akan mula berlatih.Berdentumlah kompang dipalu dari arah beberapa ceruk kampung, Biasanya latihan tu berlangsung agak lama:mungkin hingga jam1.00 pagi.Bagi orang sekarang ia kedengaran agak pelik kerana tempoh tidur terganggu. Dan mungkin faktor ini juga menyebabkan orang muda sekarang tidak berminat aktif dalam seni kompang Jawa, Menurut cerita seorang rakan, semasa hari latihan mereka akan dijamu dengan makanan istimewa saperti bubur kacang, pengat atau apa saja yang mampu disediakan.Dulu-dulu, juadah begitu memang istimewa.......hmmmmmmm memang sedap
Bunyi sesebuah kompang bergantung kepada kualiti kayu yang dipilih. Kayu itu pula dikeringkan hingga berbulan-bulan untuk memastikan ianya betul-betul kering. Satu lapisan lilin disapukan pada bingkai kompang tu agar terua kekal kering. memang cerewet membuat kompang ni..Terutama masa mesin belum lagi digunakan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net