awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Mar-2010 11:22 Email | Share | Bookmark
Rambut anda masih hitam?



Kepada sebahagian orang, keadaan rambut tergolong kepada isu utama kehidupan seharian. Mereka risau bila rambut telah panjang. Risau bila rambut berkelumumur. Risau bila rambut terlalu nipis. Risau bila rambut gugur. Risau bila rambut sukar difesyenkan. Atau risau bila rambut bertukar menjadi putih. Sebahagian orang yang telah berusia agak tak selesa apabila rambutnya bertukar jadi putih. Sukar menerima kenyataan itu kerana rasanya dia masih belum tua. Tambahan pula kulitnya masih tegang dan segar. Hatinya pula masih condong melakukan apa-apa aktiviti yang selalunya dilakukan oleh orang muda. Dilema ini membuatkan dia berkelakuan tidak konsisten, sesekali macam orang muda atau sesekali bertingkah sapereti orang berusia. Apakah pilihan yang terbaik untuk mereka ini? Apakah mewarnakan rambut suatu pilihan yang betul? Berikan komen anda!


Rambut penduduk kampung Beja



Bukan sahaja rambut dah putih, misai dan janggutnya juga dah putih
Sekiranya kemunculan rambut putih di kepala disertai dengan kekenduran kulit tidaklah menjadi dilema kepada orang disekeliling untuk menyapa. Tidak mengapa dipanggil pak cik atau uncle atau datuk. Lebih-lebih lagi kalau yang memanggil itu memang umurnya bertaraf anak atau cucu kepadanya.

Gambar hiasan, seorang nenek dari filipina. Umum mengakui bahawa pada usia seperti ini memanglah rambut akan berwarna putih. Dan yang empunya badan pun tidak menafikannya.Sebenarnya yang pelik ialah pada usia saperti ini rambutnya masih hitam pekat. Awang pernah ternampak orang begini; Usia dah mencecah hampir 90 tahun tetapi rambutnya masih hitam. Nak kata warna hitam tu adalah warna sebenar rambutnya susah juga nak percaya. Mana mungkin, sedangkan kulitnya dah berkedut sana sini. Gigi pun dah gigi palsu.

Pada sesetengah orang, dia masih segak dan trampil, walau pun rambutnya telah bertukar ke putih. Lihatlah gambar orang turki ni. Awang pun dah beruban juga. Tapi tengoklah foto Awang di atas tu......masih boleh memberi saingan kepada orang-orang yang lebih muda daripada Awang.......walau berusi dah lebih dari setengah abad....he.he..Mudah-mudahan Awang tidak Ujub atau mensia-siakan kelapangan yang masih ada ini. Semoga hidup Awang senantiasa dalam peliharaan Allah. Selanjutnya, Pernah Awang terdengar satu hadith mengenai tabiat orang menghitamkan rambut yang telah putih ni. Matan nya tak ingat. Tetapi maksug hadith berkenaan memberi tahu bahawa Allah mengharamkan perbuatan itu. Kalau Awang silap harap diperbetulkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net