awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 16-Feb-2010 02:44 Email | Share | Bookmark
kerenah anak-anak kita

Menangani kerenah anak-anak yang membesar adalah suatu kemestian kepada Ibubapa. Tiada hari yang sunyi dari kerenah mereka. Selalu juga mendengar keluhan rakan-rakan berkenaan anak-anak.
Hai anak-anak, turutilah tunjuk ajar ibubapa. Selagi ibubapa tidak menyuruh kamu melakukan yang haram, ta'atilah mereka.
Berbalik kepada kerenah anak-anak, ramai anak-anak condong kepada pendapat rakan sebaya berbanding dengan orang lain. Malah mempertahankan rakan sebaya jika rakan sebaya mereka dipertikai. JIka anak-anak kita ramai, katakan berbelas-belas orang dan jarak kelahiran mereka tidak jauh, mungkin peranan rakan sebaya itu dapat dimbangi oleh peranan adik-beradik. Dengan adik beradik yang ramai, mereka boleh main takraw. Atau main bola keranjang. Atau main galah panjang. Atau apa saja. Bila dah ramai, apa saja aktiviti boleh dilakukan. Tidak perlu sangat kepada kanak-kanak dari jiran tetangga.

Salah satu kerenah anak-anak yang merimaskan ibu bapa ialah gemar makan dikedai, gerai atau restoren. Pantang ada cuti, mulalah mengajak makan diluar. Lebih-lebih lagi apabila diketahui ibubapa mereka baru menerima gaji

Sesekali menjamu selera diluar apa salahnya. Umpamanya, ingin mencuba masakan popular sesuatu daerah. Saperti mencuba nasi dagang sewaktu berkunjung ke Terengganu. Atau saperti menikmati lauk tempoyak ikan patin daerah Raub. Atau pun mee udang banjir di Kuala Sepetang. Memang seronok jika dapat melancong setiap bulan sambil makan-makan
Umum bersetuju bahawa tabiat kerap makan di luar rumah perlu dielakkan, walaupun dari segi kewangan kita tergolong yang mampu. Kenapa ya? Rata-rata orang risaukan anak-anak akan jadi ketagih makan diluar rumah. Diakui, lama kelamaan kanak-kanak memang akan terbiasa dengan budaya makan diluar rumah. Payahlah nak makan di rumah sendiri. Ibu bapa buaknnya senantiasa berkocek tebal. Ada masanya berbagai pembayaran perlu dilakukan tepat pada masanya. Saperti pada hujung tahun kita perlu memperbaharui insuran kenderaan-kenderaan, cukai-cukai jalan, cukai pendapatan, zakat-zakat dan berbagai-bagai lagi pembayaran. Belum lagi persediaan untuk sekolah anak-anak, kenduri kendara dan ziarah kaum keluarga.
.Tak semua pengusaha makanan jujur. Ada di antara pengusaha ini yang tidak mementingkan khasiat. Mereka cuma mementingkan rasa dan rupa makanan. Akibatnya anak-anak akan terdedah kepada risiko kualiti makanan yang kurang berkhasiat atau tidak bersih .

Satu lagi kerenah anak-anak ialah susahnya nak memastikan mereka memakai pakaian menutup aurat. Awang rasa inilah antara kerenah anak-anak yang perlu perhatian serious.

Nurul Hidayah Darunai dan rakan-rakan.

Semasa bersekolah masalh ini amat kurang berlaku. Boleh dikatakan pakaian murid-murid menutup aurat. Tapi pada ketika berjalan-jalan keluar dari rumah saperti ke pasar raya, pakaian mereka menyakitkan hati ibubapa.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net