awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Dec-2009 07:02 Email | Share | Bookmark
Cegah penyakit Batu Karang Ginjal

Penyakit Batu Karang Ginjal menakutkan Awang. Jika ia datang menyerang, seseorang itu akan meras sangat sakit sehingga berpeluh. Nak buat apa pun serba tak kena. Duduk tak selesa. Baring pun begitu juga. Ras sakit itu bermula dari belakang pinggang. Kemudian menjalar ke hadapan perut. Lepas itu ke bahagian ari-ari. Rasa nak buah air besar tetapi tak ada najis yang keluar. Kemudian buang air kencing dalam keadaan tersekat-sekat dan tak puas. Yang teruk air kencing disertai dengan darah akibat luka. Keadaan ini biasanya berlaku diwaktu malam.......waktu kebanyakan klinik dah tutup. Batu karang ni terjadi daripada garam dan mineral di dalam air kencing yang menumpat di dalam buah pinggang atau saluran kencing. Orang yang berpenyakit gout, darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang mudah terkena batu karang. selalulah minum air sekurang-kurang 8 gelas hingga 12 gelas sehari. Dikatakan meminum air 2.5 liter sehari dapat mengurangkan risiko pembentukan batu karang. Amalkan permakanan yang sihat. Biasakan banyak mengambil makanan berserat tinggi, kurangkan daging dan bersederhana di dalam makanan dan minuman yang berasaskan bahan tenusu.Jangan lahap dengan makanan kekacang, cokelat dan makanan masin. Juga kurangkan minum minuman ringan. Kawan awang ada promote G-Cafe keluaran E-Gamat Emas untuk membantu masalah batu karang. Awang tak dijangkiti penyakit ni, tetapi cadang nak minum juga minuman tu dalam sebulan dua untuk clear kan saluran kencing dan buah pinggang. Beringat sebelum kena!


Geram juga tengok pisang masak ni....besar dan cantik warnanya..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net