awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Dec-2008 10:47 Email | Share | Bookmark
Makan di luar di Cameron Highland

Sebenarnya banyak tempat makan yang menyediakan masakan halal di Cameron Highland. Namun oleh kerana Awang baru pertama kali ke sini , hanya tiga sahaja yang awang jumpa. Di Brinchang di Central market dan Restoren Nur Raihan. Restoren Nur Raihan terletak di Tingkat Bawah Hotel Titiwangsa. Hotel Titiwangsa itu pula kedudukannya pada jalan menghala ke Tanah Rata dari Brinchang, di sebelah kiri jalan. Mungkin 200 meter dari central market tu. Di Tanah rata terdapat gerai-gerai makan yang bertentangan dengan kedai kopi Yahudi Starbuck tu. Dari segi rasa Awang rasa masakan di Restoren Nur Raihan tu sedap. Harganya mahal sikit dari central market. Namun tempatnya bersih, ceria dan masih baru. Menu makanannya ala-ala kampung begitu. Tak tahulah kalau malam tak dibuka sebab sebelah malam kami makan di central market. Di Central market tu menunya sangat banyak dan murah sikit.Berhampiran gerai makan tu ada sekelompok gerai-gerai yang menjual barangan untuk buah tangan orangporang yang diingati. Dan semua penjualnya orang kita Islam. Cuma orang gajinya saja orang Indon. Di sini KFC ada juga.
central market dari hotel kami


jalan-jalan nak cari tempat makan yang murah.........ada sederet warung sebelah kiri

Restoren Nur Raihan ni memang sedap........tempat ni bersih.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net