awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Dec-2008 14:06 Email | Share | Bookmark
Mardi Cameron Highland

 
 
 
 
Dalam perjalanan menuju ke hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highland, tuan-tuan akan melintasi Mardi ini, Di sebelah kiri jalan. untuk masuk ke situ tuan-tuan perlu meniti sebuah jambatan konkrit. Selepas menyusur pintu gerbangnya tuan-tuan perlu meletakkan kenderaan tuan disebelah kanan jalan masuk. Tempat parking tu kecil. Meninggalkan lapangan parkir kereta tu kita akan bergerak menuju ke pusat inormasi mardi, dan membayar tiket sebelum bergerak bebas di Tamannya yang terbentang luas di sebelah hadapan. pelajar perlu bayar rm1.50 manakala orang dewasa rm3.00. Di situ ada beberapa konsep taman saperti taman english, ada ladang bunga ros, ladang teh dan ladang-ladang sayuran hawa sejuk. Terdapat sebuah pusat jualan disitu. Tapi harganya sama macam yang dijual diluar sana. Cuma ia dijamin tidak menggunakan baja komponen najis.(itu yang penting tu............). Seronok betul anak-anak awang ,habis dijelajahi tempattui hingga ke mercu yang tertinggi sekal,i di sebuah ladang teh. Dari situ terpampang pemandangan indah muka bumi sebahagaian tanah rata.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net