awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 31-Oct-2008 16:10 Email | Share | Bookmark
Kereta baru

 
Ini adalah kereta yang ke sembilan. Dan kali kedua untuk toyota. Dah puas dengan mitsuibishi, Daihatsu, proton dan Perodua. Dan inilah adalah MPV yang pertama kami miliki. Cadang mula-mula tu nak pakai proton MPV.....tapi bila dengar-dengar harganya mau mencecah RM100,000 , kami cancel terus. Tak mampu rasanya......................Anak-anak Awang mencadangkan ambil Avanza ni. Harganya adalah yang termurah di kalangan MPV-MPV. Kebetulan adalah rebate minyak lagi.........sudah bagus untuk berhari raya tahun ini. Untuk kami rasanya OK lah............sebab kami cuma 5 beranak je.............pengunaan minyak memang menjimatkan. Lampu-lampunya terang sekali. Mudah dikendalikan kerana tranmisi gear nya automatik. Main tekan pedal minyak dan brek je..........Torknya kuat, tak jadi masalah untuk mendaki bukit dengan muatan penuh. Kalau terperangkap dalam kesesakan jalan, kita masih boleh memandang jauh melampaui lain-lain kenderaan.........boleh nampak pegawai JPJ atau polis didepan yang buat operasi tu......sempatlah tukar pemandu.. kalau lesen dah expired. Sistem penyejuknya OK, ada dua blower.....tak macam WISH yang ada single blower. Tempat duduk baris ke 3 juga OK walaupun untuk orang dewasa yang besar. Taklah sempit atau rendah macam yang ada pada LIVINA, UNSER, CITRA, WISH, STREAM,..........Disamping itu ada ruang untuk setiap penumpang meletakan botol minuman, buku, talipon bimbit, makanan kering masing-masing. Malah bagi pemandu di sediakan satu tambahan bekas untuk botol minuman yang hampir dengan stereng...........amat mudah dicapai. Disampin tu ada satu lagi konsol tambahan terletak antara pemandu dan penumpang hadapan. Ianya bertutup, bolehlah letakkan purse di dalam semasa memandu.........apa-apa sajalah, sebab ia agak besar. Rim tayar juga besar, 15 inci. Disesuaikan dengan tayar 185mm pun dah OK. Nak sedap lagi isilah denag gas nitrogen 99%. Memang melekat di atas jalan disamping suspensinya amat memuaskan.....tak rasa apa-apa semasa melanggar lopak-lopak kecil dan cetek. Tapi ada juga kekurangan MPV ni. Ruang bagasinya tak muat untuk beg bertroli............kenalah masing-masing mengisi pakaian di dalam beg jinjit . Tapi kalau kerusi baris ketiga tu tak diguna dan dilipat, bolehlah sumbat apa pun di situ.............Kalau nak lebih selesa, ambilah INNOVA. Tapi innova lebih kuat makan minyak disamping lebih susah nak parkir dan membuat pusingan U. Bayaran bulanannya juga lebih tinggi...............

Setelah menggunakannya beberapa minggu baru terasa mPV ni 'bumping' apabila melalui 'bamper'. Terpaksa lah perlahan di kawasan yang begitu. Kena akui hakikat bahawa kereta ni adalah kereta keluarga, bukan untuk tujuan berkejar-kejar dengan kenderaan lain.

Walaubagaimana pun enjinnya memuaskan. Isi lah berapa pun....sampai sendat, ia masih mampu menarik lagi....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net