awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Oct-2008 01:28 Email | Share | Bookmark
Taman Botani Bukit Cerakah

 
kolam ikan
 
Gambar ni dirakam 15 tahun yang lepas. Masa tu memang tak tahu langsung teknik -teknik mengambil gambar. Lokasinya ialh Taman bukit Cerakah. Sekarang Taman Bukit Cahaya. Tak tahu apa asal namanya ditukar . Kalau anda nak tahu, banyak tempat -tempat di Malaysia ni yang ditukar namanya..........Umpamanya Batang berjuntai bertukar Bestari Jaya. Tiram Burok menjadi Tiram jaya. Penukaran nama itu menyukarkan generasi akan datang mengenali sejarah asal usul tempat . Biarkan lah nama Sg. Pelek, Simpang Lima, Batang Kali, Kg. Soeharto dan lain-lainnya kekal.........Sebenarnya ada cerita disebalik nama-nama tu...............

Bukit Cahaya sekarang tak seceria Bukit Cerakah dulu........Pihak pengurusan Selangor sebelum Dato Khalid Ibrahim telah merancang untuk membangunkan kawasan sekeliling bukit itu. Anda boleh melihat apa yang dibangunkan di situ sekarang. Sedangkan itu asalnya adalah hutan simpan.......hutan dara...sesuatu yang sangat bernilai untuk generasi akan datang. Rasanya kalau tak digembar gemburkan tentang kemusnahan ekosistem di sekitar taman Bukit Cerakah tu oleh NGO dan Karam Sing Walia, boleh pupus bukit tu............agak pelik juga, kita yang dibawah ni yang amat sensitif dan yang mula-mula bangkit nak jaga hal ini..........sedangkan orang yang boleh nampak dari puncak bangunan yang tinggi-tinggi disekitar bukit tu lambat sedar............

Bolehkah Bukit Cahaya ini boleh dlihat oleh cicit kita 200 tahun lagi?

Ini pula gambar-gambat Taman Ser Cahaya Alam yang terbaru. Awang dapat gambar ini dari orang lain. Harap mereka ini tak marah........


Memang cantik pemandangan disini.


Kalau tak gayat, panjatlah menara ini. Dari atas sana halakan kamera anda untuk merakam berbagai imej dari berbagai sudut.

gerai berbentuk unik. Masihkah dikunjungi pelanggan?


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net