awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Jun-2008 10:49 Email | Share | Bookmark
Serikin oh Serikin

menuju ke pusat pasar
ramainya orang
 
 
 
 
 
Serikin, begitulah nama sebuah pekan kecil di pendalaman Sarawak. Dengan sempadan Kalimantan dah hampir benar. Ia adalah sebuah pekan yang dikelilingi oleh lautan tumbuh-tumbuhan. Ia dihubungkan dengan bandaraya kucing oleh sebatang jalan yang sederhana kecil selain bengkang-bengkok. Namun tidaklah terlalu mendaki atau cerun sebagaimana jalan ke Wang klian. Serikin ni macamlah pekan Wang Klian. Atau macam Padang Besar. Tak jauh beza dengan bukit Kayu Hitam. Atau Pengkalan Kubor. Tetapi Serikin ni bawah sikitlah daripada tempat-tempat tersebut itu. Hampir kesemua bangunannya diperbuat daripada kayu.Kedai-kedainya mirip saperti bangsal yang dibina rapat-rapat di kedua-dua belah tepi jalan. Barang-barangya bermacam-macam. Sebahagianya adalah buatan negara indonesia. Kualitinya Awang tak berani nak komen kerana tak pernah memakainya sebelum ini. Tapi ramai juga yang membeli tikar yang diperbuat dari rotan, kayu dan kulit kayu. Selain itu ramai yang membeli telekong/jilbab, beras, pakaian, kain tenunan pribumi Sarawak dan hasil kraf tangan. Harganya bergantung kepada kebijaksanaan anda menawar. Tawar sampai 50% ba! jangan sikit-sikit..... Dan kalau boleh datanglahpada hari minggu. Waktunya saperti jam 11.00 pagi....kerana orang dah ramai yang dad selesai membeli belah maka para penjual terpaksa berlembut dengan kita kerana pasar di sini hanya seminggu sekali. Kalau tak laku minggu ni mereka terpaksa menunggu minggu hadapan untuk mencari rezeki. Cuaca di sini memang panas. Siapa yang tak tahan silalah bawa payong atau topi. ....kacamata sekali..........Jangan lupa juga untuk bawa makanan kerana setahu awang cuma ada dua warung saja yang diusahakan oleh peniaga Islam. Itu pun tersorok dari pandangan mata ( diusahakan oleh Orang Indon). Saja-saja cari memang tak akan jumpa melainkan anda tanyakan kepada penjual-penjual Islam. Tapi awas.......... hampir kesemua mereka di sana rupanya seakan kita namun hanya yang pakai kopiah saja yang pasti muslim. Al maklumlah orang Islam di sana tak sampai pun 1/4 penduduk sarawak.......

Gambar-gambar ini awang ambil dengan kamera talipon nokia je....kerana Kamera Canon awang kehabisan power...jadi kualiti gambarnya agak hancur


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net