awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 20-Feb-2008 14:20 Email | Share | Bookmark
Dam Kenyir, Terengganu

benteng timur empangan
Rumah janakuasa
empangan kenyir
muat pulak topi Jurutera ni
model turbin janakuasa
aliran air keluar dari rumah janakuasa
ada sumber air mineral disitu
benteng empangan
boleh menyewa boat ni
udara pagi di empangan kenyir
Pada ahad yang lalu bersamaan dengan 17/2/2008, Awang jalan-jalan ke Empangan kenyir. Ini ialah empangan air yang besar yang pertama kali awang jengok. Sebelum ni melawat empangan air yang kecil-kecil sahaja. Ketika tingkatan empat dulu ada terbaca mengenai empangan, janakuasanya dan bagaimana elektrik hidro dihasilkan. Susah juga nak faham betul sebab di kampong kita ia tidak ada. Gambarnya pula satu sahaja. Memang susah nak faham. Tetapi dengan melawatnya amat mudah kita nak memahaminya. Dan ia menimbulkan minat pula kepada pelajar-pelajar untuk menceburi karier di dalam bidang ini.Melalui seorang Jurutera operasi di situ, empangan ini telah dibina mulai tahun 1978. Masa tu Awang baru je nak mula bekerja. Siap pada 1986 dan mula beroperasi pada tahun 1987. Ayahanda kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekarang telah merasmikannya setahun kemudian. Empangan ni adalah yang terbesar di Semenanjung. Airnya dalam. Masa Awang datang tu airnya sedalam 142M plus. Menurut Jurutera tersebut jika airnya melepasi 143M ia terpaksa dibuang untuk langkah-langkah keselamatan. Ada janakuasa hidro di situ dengan 4 terowong. Bermakna ada 4 turbin. Setiap satu boleh keluarkan 100MV kuasa elektrik. Namun janakuasa ini tidak mengeluarkan kuasa sehingga 400MW setiap hari. Berapa banyak tenaga yangperlu dihasilkan bergantung kepada arahan di Kuala Lumpur.Empangan ni dibina dengan kepakaran dari Korea. Tak guna simen walau pun sekampit. Hebatkan! Ciri juga yang membezakan empangan ini dengan empangan-empangan lain yang dibina sebelum itu.Bangunan janakuasa itu 4 tingkat da awang bernasib baik dapat memasuki dan berbual dengan pekerja-pekerja disitu. Gambar tak boleh diambil di bilik kawalan....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net