Want your
own Fotopage?






 
awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-Feb-2008 15:41 Email | Share | Bookmark
Buah goji

dari internet. Foto awang menyusul esok
hanya yang kering dijual.
 
yang awang click
diperbesarkan
sewaktu turun ke pasar sabtu yang lalu, awang terlihat seorang lelaki melayu yang berjubah, berjanggut panjang dan berkopiah berniaga tidak jauh dari gerai awang berbelanja. Didorong oleh rasa ingin tahu, awang mendekati gerai tersebut yang merupakan sebuah payung besar , sebuah meja kecil dan beberapa kotak besar berisi barang jualannya. Awang ternampak bungkusan-bungkusan berisi buah yang kering berwarna merah. Itulah buah goji. Katanya goji adalah buah kuno yang berharga. Penjualnya menerangkan dengan panjang lebar tentang khasiat buah berkenaan dan sejarah penggunaanya sejak 5,000 tahun dulu. Di sini awang tuliskan 34 khasiat buah berkenaan.

1. membantu sistem penghadaman
2.meningkatkan keceriaan dan semangat anda
3.menghilangkan tekanan dan gelisah
4.membantu mengurangkan batuk kering yang kronik
5.meningkatkan memori dan memulih ingatan
6.menyokong fungsi buah pinggang
7. menguatkan otot dan tulang
8.meningkatkan kesuburan
9.menghalang loya dipringkat awal mengandung
10.merawat simptom-simptom menaupause
11.menyokong fungsi hati yang sihat
12. mengaktifkan fungsi enzim anti-radang
13.meningkatkan limfosit
14.membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel merah, sel-sel putih, platelet, dan rawatan sum-sum tulang
15.mengurangkan kesan toksik kemotrapi dan radiasi
16.menghalang tumbuhbesar tumor
17.menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
18.digunakan sebagai rawatan kanser
19.meningkatkan respon imunisasi (T-cell, IL-2, IgA, IgG)
20.meningkatkan halangan kepada penyakit
21.menghalang peroksidaan lipid(yang menyebabkan sakit jantung)
22.mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
23.melegakan insomania dan tidur yang lebih nyenyak
24.melegakan sakit kepala dan pening
25.membantu mengurangkan berat badan
26.meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
27.menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
28.mengurangkan kolestrol
29.mengurangkan risiko kanser
30.mengekalkan tekanan darah yang sihat
31.merangsang rembesan HGH ( hormonpertumbuhan manusia)- hormon remaja
32.meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit
33.mempunyai tindakan anti-oksida yang baik-menghalang diri tua sebelum masanya.

ini adalah kajian saintifik Dr. Earl Mindell, R.Ph., Ph.D seorang pakar herba dan ahli farmasi. Perempuan mengandung tak dibenarkan ambil goji guarana/extra.

kalau nak tahu lebih banyak maklumat carilah di internet. Taip goji dan search. Anak awang dah ok maalah tak boleh tidur malam. Penglihatan awang bertambah baik. Itu pun baru makan tiga kali je. Cara makannya ialah direndam dalam air suam dan minum sekali denan buahnya. Bubuh dalam masakan pun boleh. makan begitu saja pun boleh. di blender pn boleh........makan waktu pagi waktu perut masih kosong(kalau buat minuman). Banyaknya lebih kurang dalam 8 biji je. Itulah yang awang tahu.....selebihnya tanyalah pengedar di tempat anda atau buat carian di Internet.....banyak di sana!

15/2/2008

ni dia dua gambar yang awang upload. Gelap sikit sebab di ambil hari dah gelap, jam 5,30 petang begitulah....................

Memang ada yang dijual dalam peket-peket kecil dan telah dicampur dengan lain-lain herba dan diminum saperti kopi. Namun awang lebih suka cuba yang 'natural'. Lagi pun orang-orang di kawasan himalaya dan cina tu bukannya makan dicampur dengan herba-herba lain tu! Dan kajian pakar nutrisi di atas itu pun atas goji semata-mata, tak bercampur dengan lain-lain herba. Tentang kesan sampingan akibat mengambil goji campuran tu ada juga awang terdengar......bagi awang kalau dah ada kesan sampingan tu kenalah berhenti guna ! jangan ambil lagi. kalau ambil makanan kesihatan kita makin rasa sihat barulah terus guna...begitulah rasanya stakat yang awang reti. Sebab itu awang lebih suka ambil goji saje, tak campur dengan yang lain. Bolehlah kita mengesan perubahan tu datangnya dari goji bukan dari herba lain. Lagi satu awang rasa kita kena makan sikit je (4, 5 atau 6 butir ).Jangan segenggam, kuat sangat dos nya tu!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net