awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Jan-2008 04:11 Email | Share | Bookmark
kenangan di puncak Bukit Bendera Pulau Pinang

 
Gambar ni gambar lama. Pada suatu malam yang mata susah nak tutup, awang belek-belek album foto, terjumpalah gambar ni. Warnanya hampir hilang..., sayang juga kalau kemudian hari ia rosak. Lalu awang scan.........
Gambar tu diambil pada hari sabtu, tahun 1979. Kesemua tu adalah pelatun pengakap MPPPP. Yang istimewanya hari tu kami bukan naik kereta api kabel. Kami daki bukit tu.....itu adalah pengalaman pertama awang mendaki bukit. Laluannya bermula dari Taman botani Penang, Tiada persiapan rapi yang kami buat. Air pun tak bawak. Bawak kainm pelikat de4ngan kopiah je....Rasa menyesal juga apabila rasa dahaga teramat dalam pendakian tu...Lebih-lebih lagi bila tengok orang lain minum air masak.....aduk seksanya........ Bila dah mendaki tu barulah tahu kekuatan kita yang sebenar.........ada yang sekejap-kejap berhenti...ada yang asyik minum air je.....ada yang tercungap-cungap...ada yang guna tongkat.....dan macam-macam lagi. Awang nampak ada seorang pelatih tu sekejap jalan biasa, sekejap menapak dengan meloncat-loncat secara mengiring..........memang macam-macam fesyen. Gamaknya sedang mencuba teknik yang bersesuaian . Yang istimewa lagi di dalam pendakian tu ialah dapat melihat kecantikan panorama sekitar bukit tu......kalaulah awang ada kamera masa tu, tentu bagus sekali....Masa tu elaun kecil sekali. Sebulan cuma rm150. Manalah ada balance nak beli kamera. Gambar ni pun asalnya ada lima orang je. Namun bila yang lain menyedari ada ruang untuk menyelt, masuklah sorang-sorang. Akhirnya jadi seramai tu....Pendakian awang selesai dalam sejam setengah........Itulah pertama kalinya berada tinggi di atas bumi...............memang rasa lapang dan segar....hilang rasa stress, Balik kampung sembanglah dengan kawan-kawan tentang pengalaman tu...respek juga lah dia orang....suka juga hati awang he.he..he..Kalau masa pergi ambil masa ssatu setengah jam. masa balik untuk turun bukit cuma 45 minit saja.........kami bertiga berlari turun.......nasib baiklah tak terantuk mana-mana pokok. kalaulah terantuk pokok mau terguling di jurang-jurang di situ..............Sekarang sedarlah awang bagaimana powernya kita waktu muda-muda dulu........tak rugillah awang aktif bereakrasi dulu........tak melepak atau terjebak dengan kegiatan negatif.

.Sesungguhnya ekspendisi di atas tu suatu rekod dalam hidup awang,......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net