awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 20-Oct-2007 08:22 Email | Share | Bookmark
Beraya di Johor

along jadi pemandu
udin dan nani lena tidur
jejantas lebuhraya
lebuhraya KL- seremban memang sibuk
berehat diR&R pagoh
makan malam di gerai R&R pagoh
batu pahat dari hotel Novo
sarapan pagi di sini
mak cik niah isteri Pak Uda Yassin
Abg Aziz, Abg Harun, Abg Onn, k.bulat, isteri, k. Nor
isteri, anak dan kak Aton
warung kak Aton
menziarahi persemadian Mak Cik Jam, Hj Khalil dan Bohari (Bob)
Pada Hari raya ketiga, kami mendapat sms dari Abg. Onn yang mengkhabarkan ibunya( mak cik kepada isteri Awang) telah kembali ke waruh matullah. Sms tu kami buka pada 8.00 pagi kerana bateri talipon tercas sepenuhnya pada tersebut. Kebiasaan kami ialah menutup talipon bila mengecasnya. Menyedari perjalanan ke Pekan Nenas, Johor adalah jauh kami mengagak bahawa kami tidak sempat untuk mengiringi jenazah mak cik kami ke tanah kuburan atau bersama bertahlil pada sebelah malamnya. Tambahan gout Awang belum sembuh sepenuhnya, jadi tugas pemanduan akan diambill alih oleh isteri atau anak sulung Awang. Saperti dijangka, perjalanan kami ke selatan itu di iringi oleh orang-orang lain. Kereta agak banyak pada perjalanan diantara Kual Lumpur ke Melaka. Kami beberapa kali berehat di R&R tetapi keadaan R&R di Pagoh agak kecuh kerana waktu ketika itu adaalah maghrib; yang Islam tentunya berhenti untuk solat manakala yang bukan Islam mahu berehat dan makan malam. Surau memang sesak dan beberapa kali solat maghrib berlandsung. Sewaktu makan ramai musafir ini yang terpaksa menunggu giliran mendapat tempat duduk. Selesai makan malam kami meneruskan perjalanan dengan keluar dari Lebuhraya melalui susur keluar Yong Peng. Oleh kerana kami berpendapat tentunya ramai saudara mara akan bermalam di rumah aruh, kerana ia malam pertama, kami menginap sahaja di Batu Pahat, di hotel. Lama juga kami mencari hotel yang sesuai.....Tidurlah kami malam itu dengan lena. Pada keesokan hari kami bersarapan di gerai-gerai di Beserahi( betul ke ni?), berhadapan dengan hospital putra, jalan menghala ke Parit Moin Batu Pahat. Ternampaklah Nasi Beriyani Gam...........apa lagi sorru lah......... Memang sedap...rasa nak tambah tapi bila terkenangkan Awang masih dalam pantang gout lagi maki tak jadilah. Selesai bersarapan kami menuju ke Parit Moin untuk berhariraya di rumah pakcik(Nahrawi dan Busu Othman), makcik Niah(janda Pak Uda Yassin) dan Nenek sepupu (Tok Ha...adik kepada nenek orang rumah). Tok Ha ni adalah ipar ke Hj Ahmad, datuk kepada orang rumah Awang. Kami jarang bersua. Almaklumlah jarak antara selangor dan Johor tu bukannya dekat.Tambahan pula keluarga isteri telah menetap di Sabah. Oleh itu banyaklah hal yang kami bualkan...........dari cerita Moyang kami yang membuka Parit Moin Batu Pahat ni hinggalah kisah susur galur isteri awang yang berasal dari Wali songo (wali kendil) di Jawa. Terperanjat juga Awang dengan kisah tu...ingatkan gurauan sahaja.....tetapi bila ditunjukkan manuskrip susur galur tu dan lengkap dengan pengesahan-pengesahannya maka awang pun mengakui hakikatnya. Emm.....rupa-rupanya isteri Awang ni berdarah Raden dan waris seorang wali. Kenalah Awang memelihara isteri dan anak-anak Awang ni dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Mudah-mudahan kami akan dalam satu bendera nanti dengan orang-orang alim di padang Mahsyar kelak...Amin

selepas puas berhariraya di Parit Moin baharulah kami ke Pekan Nenas untuk menziarahi famili aruah Mak Jam dan bertahlil. Kami juga meluangkan masa ke Tanah perkuburan Jalan Sawah Pekan Nenas. Dari situ juga kita boleh menuju ke Lebuh Raya Plus untuk ke Johor Bharu atau ke Kuala Lumpur.

ke rumah Tok Ha, adik arwah Atok hjjah Marhamah (isteri Tok Ahmad)


Nenek ini lah To' Ha


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net