awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Oct-2007 06:51 Email | Share | Bookmark
ucapan Aidil Fitri 2007

kad biasa je
Ini kad raya elektronik awang. Simple je. Bulan puasa ni tak ade shoot apa-apa gambar. Stock gambar pulak tak banyak........uhuk..uhuk....Inilah yang ade; gambar jantung pisang ni....dengan sedikit edit.
Di hari yang mulia ni Awang nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin kepada pengunjung-pengunjung fp awang ni. Awang hanya seorang insan yang serba kekurangan. Pastinya banyak kesilapan awang semasa kita berkomunikasi. Bak pantun;


Ke hutan melihat jerat,
Bertemu buaya di pinggir paya,
Kalian semua amat hebat,
saya seorang amat sederhana.

Harapan awang, Semoga puasa kita diterima Allah dan diberinya kita kekuatan untuk terus bersama dengan Islam di mana jua, setiap masa...janganlah kita taat pada Allah dalam bidang tertentu saja dan menolah pula perintah Allah dalam hal-hal yang lain....Itu namanya masuk Islam secara suku-suku.....Ambillah Islam tu secara keseluruhannya....

Raya ni Awang sambut sederhana saje kerana kesukaran bergerak akibat dicuba dengan gout oleh Allah.hu..hu...hu.. Ini salah Awang juga kerana makan terlalu banyak Seafood di bulan Yang mulia ni...Sepatutnya awang menahan nafsu makan pada makanan tu pada bulan ni......ambil sedikit begitulah kan, nanti di lain bulan boleh makan macam biasa.........ini tak!

Awang harapkan awang akan boleh bersabar dan cepat sembuh (seelok-eloknya sebelum cuti raya habis.....) Doakan awang ye....

Assalamualaikum wbh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net