awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 17-Jun-2007 10:47 Email | Share | Bookmark
Hari koperasi 2007

masak lauk paprik
tergamam dengan kehebatan guru lelaki...
dibantu oleh pelajar,...mana acih..
masakan ala-ala banjar
Hj Khai dan Hj Othman soh...pakar masak telor
Kalau dah tuang macam tu...mesti nak mengoreng!
Pada jun 13hb, 2007 bersamaan dengan hari rabu yang lepas telah berlangsung majlis menyambut Hari Koperasi 2007, peringkat sekolah. Pada tahun ini sambutannya agak unik tetapi meriah. Selain dari mendengar perutusan-perutusan, kami mengadakan jualan barangan koperasi, jualan di gerai makanan, pertandingan pentanq, pertandingan memasak, pertandingan nasyid minus one , pertunjukkan membuat khat, explore race dan sukaneka. Awang lebih banyak berlegar di gerai masakan kerana nak lihat kehebatan guru-guru lelaki memasak. Tahniah kepada Tuan Haji Ahmat Matsom, Tuan Haji Bosrowi, guru-guru penasihat lain serta tak lupa ajk ko-op kerana berjaya melaksanakan sambutan itu . Tahun depan buat lagi

Gambar-gambar tu Awang rakam secara manual....kelemahan yang Awang kesan ialah pendedahan cahaya yang kurang baik. Ini kerana latar belakang tempat tu ialah bangunan yang bercat cerah. Di samping flash kamera yang tak boleh di ubah arah tembakannya dan tiadanya pembalik cahaya di atas subjek, menjadikan cahaya tu tidak dapat menerangi semua ojek di situ...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net