awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-May-2007 16:07 Email | Share | Bookmark
Kerana keropok Losong

boleh ke gi Losong lalu di sini (Payang)
terpusing didepan stesen bas KT
kedai depan stesen bas.
tempah tiket bas sekali la...
ahaa...baru jumpa
beli banyak-banyak...
<<Awang tanya kawan disebelah,"tahu tak di mana losong?"
>> "Tak...tapi tak susah cari punya. Ini bukan PJ Awang,....lima minit drive mesti jumpa punya!"
<<"Errr...betul ke?"
>>"Tengok kaki laa......"
Setelah lima minit drive tak pun jumpa.....ini kes berat ni. Lalu kami tanya seorang yang tua, mana arah losong??
<< Nuuuu......arah ke bandar. Eeee..eh betul ke pak cik ni!
Kerana tak yakin dengan kata-kata Pak cik itu Awang pun tanya seorang yang agak segak dan nampak macam berpendidikan tinggi....

<<"Encik cari arah ke Muzium, papan tandanya hijau muda cerah.....DITULIS MUZIUM dan LOSONG".......

Awang pandang kawan disebelah.....minta pendapatnya.

>>" eeer aku rasa kita kena cuba....baru tau betul tak betul nya

Memang benar, tak lama kemudian kami jumpa sebuah gerai keropok losong. Kedai Pak Su.....Ingatkan inilah satu-satunya kedai yang ada di situ, maka kami pun membelinya dengan banyak. Sebelum beredar kami diberi 7 batang keropok lekor masak untuk dimakan segera....free!.kata mek cantik tu....Barangkali dia dah untung banyak.Atau untuk menarik pelanggan yang lain-lain yang berbaris tu...... Kami balik ke hotel di bandar dengan terus maju ke hadapan, tidak berpatah balik. Bro-bro tahu apa yang kami nampak selepas memandu 3 minit?.....Awang nampak banyak kedai keropok losong...besar-besar pulak tu!....ramai lagi pulak pelanggannya!.......adusss........kenapalah terburu-buru membeli. Sepatutnya ricky-ricky dulu......manalah tahu yang di sini lebih murah lagi

Yang Awang nak tahu, Losong tu nama apa hah.....nama kampung ke, nama sungai ke, nama material dalam keropok ke?........


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net