awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 26-Apr-2007 00:20 Email | Share | Bookmark
Kenangan di Jerantut

lalu jalan ke Cameron Highland
tidur di sini je
En. Samad(tersenyum)..pemandu formula one
ersarapan di rumah ustaz
terjumpa Mydeen..
ikan tilapia pun ada. tilapia spesel
Perjalanan kami ini agak special. Kerana jalan yang ditempuhi adalah jalan baru....jalan yang belum pernah Awang lalui. Biasanya kalau nak ke Jerantut Awang akan lalu Karak Highways.Tetapi kali ini ikut Rawang, simpang, Pulai Cameron dan turun di Genting Sempah. Jalannya agak berliku-liku dan kecil tetapi tidak sesak. Cuaca hari itu hujan renyai-renyai. Dari jendela Inova yang awang naik ni, alam kelihatan redup, basah dan segar . Tentunya sejuk di luar sana. Beberapa anak sungai yang kami lalui kelihatan arusnya agak deras dan airnya keruh.....sungguh bahaya kalau ada kanak-kanak cuba untuk mandi di situ. Kami bermalam di Rest house. Makan malam di Benteng Jerantut....banyak pilihan di situ.Dengar kata di situlah makanannya boleh tahan sedapnya ...ialah tu.....kami makan agak banyak malam tu kerana kelaparan.Agaknya kerana cuaca yang sejuk. Malam tu kami tidur dengan nyenyak,terutama pemandu formula one kami. Barangkali kepenatan memeluk stereng siang tadi.Keesokan paginya kami dijemput bersarapan di rumah seorang ustaz...dah lama tak jumpa beliau ni....banyak cerita yang ustaz ni khabarkan. Terutama tentang liku-liku hidupnya agar jadi teladan kepada kami. Jamuannya memang hebat; nasi lemak best, ikan talapia goreng special( bela sendiri....tak hanyir), karipap big saiz dan Temurusa. Murah rezeki betul ustaz ni....rumah banglow, keretanya banyak, ada kebun yang luas dan anak-anak yang saleh dan cerdik. Kalaulah awang pun semacam dia, ..alangkah bahagianya! selepas itu kami meminta diri kerana nak melihat SMKA TAHAP, tempat kawan awang mengajar dulu;sebenarnya ada pameran disitu. Dan di situ juga Awang terjumpa kawan se maktab dulu.........Cikgu Mydeen ....dah 26 tahun berpisah baru dapat bertemu balik. Awang tumpang gembira kerana beliau hidup bahagia sekarang.....syukur pada Tuhan Mudah-mudahan kawan-kawan fp pun bahagia juga..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net