awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Apr-2007 02:10 Email | Share | Bookmark
helikopter

mana suis starter?
teka,...yang mana Awang?
ekzos
beginilah rupanya
kemudi nya
besar dan panjang
Sedang Awang bekerja, tetiba terdengar bunyi dot..dot...dot.....dot. Lama kelamaan bunyi tu semakin kuat dan membingitkan telinga Awang. Ingatkan lori orang kampung.......lori second hand yg tampa road tax dan insurance tu.......yg angkut kelapa sawit.....rupa-rupanya helikopter webstar. Dari perutnya termuntahlah beberapa orang VIP yang segak-segak. Kemudian menderulah masuk beberapa kereta mewah ke lapangan tersebut untuk menjemput mereka itu. Awang pun turut bergegas ke situ.......bukan nak jumpa VIP tu......tapi nak tangkap gambar heli tu..... Awang rasa ramai orang tak berpeluang melihat secara dekat helikopter.....sebab atas faktor keselamatan....Tapi Awang bernasib baik. Pilotnya bukan sahaja membenarkan menghampiri tetapi mempelawa Awang untuk duduk disebelahnya. mengenal peralatan-peralatannya dan fungsi-fungsinya. Dari penerangannya ia kelihatan lebih sukar dari menerbangkan kapal terbang berkipas macam cessena. Tapi lebih mudah dari mengemudi kapal barang(ship). Awang dapat tahu bahawa seseorang pemandu helikopter yang mahir memandu puma mungkin tak mahir memandu Alluote. Lain heli lain spec nya dan lain sifatnya. Lantas cara menerbangkanya juga berbeza. Menurut pilot, dalam ejam heli ini menggunakan 2 drum minyak..tak tahu pulak anyak mana 2 drum tu...tapi kalau nak sewa bayarannya rm4000/jam. Taklah mahalkan....sebab ia muat lima orang .Boleh kongsi-kongsikan. Sejam perjalanan boleh sejauh 200km. Gaji pilot juga ok...rm12000 sebulan untuk terbang beberapa jam je sebulan........ok kan!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net