awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 31-Jan-2007 14:01 Email | Share | Bookmark
Kamera Digital awang

yang pertama
yang kedua
yang ketiga
Ini adalah kamera-kamera dgital Awang. Sebelum memiliki kamera yang pertama tu awang guna kamera digital pejabat. Dari situlah Awang berminat bidang fotografi ni. Sebabnya tak perlu beli filem dan hasilnya cepat dinilai

Yang pertama tu Olympus, dibeli di Giant Gombak. Harganya lebih kurang RM1000,iaitu pada tahun 2003. Banyak juga gambar yang awang hasilkan dengannya;mungkin dalam dua ribu keping. Walaupun cip kadnya cuma 64MB. Yang kedua tu dibeli dari adik sendiri. Lepas dari Jepun kamera tu berpindah ke tangan Awang dengan harga RM300 je; tapi kosonglah. Masa tu harganya RM1200 di pasaran.Pada tahun 2005 rasanya. Awang masukan cip kad 256MB. Semasa bersama kamera inilah Awang mula mengenali Fotopages.com. Sebahagian besar gambar-gamba sebelumfenuari 2007 ni dihasilkan oleh kamera A530 ini.Sementara yang ketiga tu pulak dibeli pada pertengahan januari 2007.Dibeli di Klang Parade. Harganya RM1399. Asalnya nak beli NikkonD50 tapi tak cukup fulus (kerana belikan anak notebook). Jadi Amoi di situ cadangkan A710 is tu........kerana shooting macro nya pun ok juga (kata amoi tu.....). Alasan Awang nak beli Nikkon D50 tu pasal nak ambil gambar gerak pantas dan gambar close-up. Bila dah beli A710 is dan mencubanya dalam 200 keping gambar barulah tahu A710 ni tak ada dial mode untuk akso sukan....hampeh betul!........terpaksalah pakai manual untuk aksi-aksi sukan. Mungkin dengan takdir ni Awang akan belajar secara serious guna MANUAL SETTING dalam merakam gambar. Tapi makronya bolehlah......tapi tak secantik DSLR lah...........Tak tahu berapa lama boleh bertahan dengan ketiga-tiga kamera ni.......Tengok dulu akan beberapa perkara.....kalu ok mungkin tukar lagi..... tak tahu apa pulak yang disambar.............tengoklah nanti

Bila fikir-fikir tu rugi juga tukar-tukar ni....Awang rasa sesiapa yang nak terjun ke bidang Fotografi ni terus beli DSLR je.....kemudian pelan-pelan tambah eksessorinya..........awang rasa gitulah.....Macam beli kereta juga, tak payah beli dua pintu....kemudian empat pintu, kemudian kereta sedan biasa dan bila dah anak masuk empat nak tukar MPV....rugi juga di sini...terus beli MPV je......sekurang-kurangnya AVANZA 1.5, baru RM73,000. Kalau dua kali beli kereta proton pun dah melebihi harga AVANZA tu.......

Apa nak buat , masa membeli dulu tak siapa yang memberi pandangan kedua.......semua asyik sokong saje pandangan pertama!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net