awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 23-Dec-2006 13:08 Email | Share | Bookmark
Herba Lidah buaya @ Aloe Vera

sekarang amat bernilai...
Semasa kecil dulu aku tak pandang pun flora ni. Ia tak berdaun bagi ku. udahlah begitu, berduri pulak. Aku rasa pelik bila ramai orang menanamnya di halaman rumah.

Setelah aku dewasa baharulah aku mengerti.........

Flora ini agak tembam. Ia lembap. Daunnya tu tebal dan mengandungi jus yang lekit. Kalau dirasa ianya sangat pahit. Dalam kitab-kitab perubatan melayu flora ni jarang disebut. Pada zaman tu(sebelum tahun 1920an), ia belum lagi banyak di Tanah Melayu. Ia berasal dari Tanah Afrika dan kawasan-kawasan Mediteranean.
Kalau kita masuk kedai-kedai menjual produk kesihatan, banyak kelihatan produk yang berasaskan lidah buaya. Yang paling banyak ialah barangan syampu, sabun dan losyen kulit. Kudis dan luka-luka amat sesuai dirawat dengan jusnya . Begitu juga dengan Kulit melecur, amat mujarrab di rawat dengan jus lidah buaya. Manakala ekstrak daripada daunnya yang kering ada digunakan dalam persediaan membuat julap...(untuk memudahkan pembuangan air besar). Tapi nasihat awang....makan pisang atau betik lagi baguslah...masa makan nasi atau kueh atau roti tu makan betik sekali......insyalloh tak ada sembelit. Jangan biasakan makan julap....Tak bagus kepada usus kalau di amalkan selalu......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net