awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Dec-2006 16:01 Email | Share | Bookmark
PEGAGA / DAUN KAKI KUDA/ GAGAN / centella asiatica

Herba ini amat mudah didapati di sini. Aku boleh jumpa di padang, kebun, ladang, tepi jalan , bawah pokok, dan sebagainya. Masa aku memanjat bukit di Taman Negara beberapa tahun dulu punaku ada nampak. Maknanya ia hidup dari tanah rendah hingga ke tanah tinggi, Sekarang dah banyak dijual di pasar. Pada tahun 70an dulu tak siapa pun hiraukan. Nak makan banyak mana ambillah...free. Petiklah seberapa banyak yang awak nak. Tapi sekarang dah ada harga. Malah yang mengusahakan secara komersial pun ada.

Bapa aku memanggilnya kodong gagan. Di sekolah, cikgu aku sebut daun pegaga. Tapi aku dengar-dengar ada juga yang panggil dengan DAUN KAKI KUDA. Lantaklah....nak panggil apa. Jangan sebut ikan sudah........

Aku suka memakannya jika dibuat kerabu. Bessssst......tau. Bapak aku buat ulam. Makan sama dengan sambal belacan. Waktu bulan ramadhan dulu aku tengok ada orang buat masak lemak daun pegaga. Sedap ke? Aku belum pernah cuba lagi. Sekarang ade orang jual jus pegaga. Kira macamm toniklah......zaman dah canggih. Orang-orang tua (yang ada gigi! ) suka memakan ulam ni. Kata mereka ia bagus untuk mengubati alahan. Penawar kepada kanser dan menghentikan pendarahan kecil. Kalau dilihat pada botol tonik pegaga tu katanya pegaga boleh merangsang peredaran darah. Juga penawar batu karang. Ubat ulcer. Boleh juga untuk menurunkan darah tinggi dan banyak lagi....Emmm letih aku nak bubuh di sini...banyak lagilah.

cubalah makan mulai hari ini...lima helai setiap hari ok lah kan.....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net