awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Dec-2006 15:45 Email | Share | Bookmark
Malam hari dan kita

 
Di dalam dunia ini ada orang yang takut dengan kegelapan. salah seorang anak aku tak berani nak tidur seorang diri, walau pun umurnya lebih dari 14 tahun....emm lelaki pulak tu! Awang yakinkan padanya bahawa tiada apa yang patut ditakutkan sebab dia tidur dalam rumah batu dan biliknya pula di tingkat kedua. Lainlah kalau dinding biliknya daripada anyaman buluh.... Sebahagian budak akan cemas walaupun terdengar sahutan burung hantu......atau terdengar benda-benda dilanggarkan oleh sesesuatu di malam hari......

Bukan berlaku pada kanak-kanak sahaja. Di kalangan orang dewasa pun ada. Di kampung-kampung masih banyak rumah yang bilik airnya berasingan dari rumah dan selalunya terletak jauh dibelakang rumah. Kalau terasa nak buang air pada pukul 2.00 paqi terpaksalah isterinya temankan dia. Barulah tau si Mertua bahawa menantunya itu seorang yang penakut.

Salah seorang kawan aku memberitahu bahawa dia paling takut waktu melangkah anak tangga di rumah mertuanya. Tangganya itu tiada papan yang boleh menghalang seseorang dari mememegang kakinya dari arah bawah tangga..... " yang aku takut ni kalau yang memegang kaki aku tu hantu bungkus!..........

Aku lain sikit. Memang tak takut pun......Aku akan balik lewat malam setiap seminggu sekali kerana menonton cerita melayu dari rumah pakcik aku.....Waktu itu rumah aku satu kilometer dari jalan raya , terletak di dalam kebun kelapa. Jalannya sempit dan semak....lalu di bawah pohon-pohon kelapa. Ini cerita dari tahun 60an....tak ada lampu jalan; suasana gelap........cuma bertemankan lampu suluh yang cahayanya malap!...
Suatu malam waktu terang bulan aku berjalan kaki balik rumah. Ikut jalan yang kecil dan semak tu. Sebelum itu hujan gerimis telah turun dan teduh 10 minit sebelum kaki melangkah pulang. Tiba-tiba je angin bertiup panjang. Sana sini kedengaran pelepah kelapa yang tua jatuh satu persatu. YANG TAK TAHAN TU IALAH MELIHAT benda-denda panjang jatuh melayang di tepi-tepi aku.....memanglah tu pelepah kelapa.......tapi hati tu kecut sikit-sikit juga.....manalah tahu BENDA LAIN....pernah juga aku lihat benda teranggok-anggok di dalam semak (berkilat disinari cahaya bulan)...dup-dap juga aku..tapi bila diamati nyatalah ia daun pisang yang basah dipupus bayu laut.......legaaaaaaa.

Orang kampung aku pun heran tengok aku......entahlah ....tetapi yang aku perasan aku teringat pesanan tuan guru agar senantiasa berzikir.....Katanya insyaallah tiada binatang atau manusia atau jin jahat yang akan menganggu kita. Tapi zaman sekarang ni janganlah jalan seorang diri di waktu malam terutama jika tempat tu sunyi. Syaitan insyallah tak berkenan nak kacau kita.....tapi perompak/perogol/dan binatang buas memang boleh jadi ada....lebih-lebih lagi kalau jalan kaki atau berbasikal.............jadi waspadalah selalu. Kalau tak terdesak, duduk sajalah dirumah....

ade cerita dari anda?.......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net