awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Dec-2006 00:29 Email | Share | Bookmark
Bunga Tahi Ayam/Bunga pagar/Lantana Camara

 
 
 
Aku telah paparkan flora ni dalam entry yang lepas, namun namanya tidak disertakan. Sesetengah orang melayu dulu menanamnya mengelilinggi kolam, telaga , tandas stor kayu api atau rumah. Sebabitulah dipanggil dengan bunga pagar.Orang jarang mengenalinya sebagai bunga tahi ayam. Ada spesis lain yang lebih popular dikenali dengan bunga tahi ayam. kalau dihimpunkan kesemua spesis bunga tahi ayam kita akan terperanjat kerana banyak. Kalaulah aku jutawan aku bercadang nak buat rumah dalam sebidang tanah yang akan dikelilingi dengan berbagai flora yang ditempatkan mengikut susunan. Dari depan ke belakang, dari tepi ke kanan rumah - penuh dengan flora berwarna warni. Anda akan dapat menghidu bau bunga-bungaan itu ketika melangkahi laluan kecil dari batu halus putih yang bengkang-bengkok. Di kiri kanan laluan itu ada beberapa air terjun buatan berbagai bentuk dan kolam-kolam mini. Di kolam-kolam tu ada ikan dari berbagai spesis. Ada beberapa pondok beratap daun nipah yang comel untuk anda berihat sekejap jika kepenatan. awasi telepon dan kunci kereta anda; jangan terjatuh disitu kerana di bawah pondok itu adalah kolam mini yang ditumbuhi berbagai keladi air...... cantik kan!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net