|
|
| Saturday, 5-Apr-2008 15:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Waktu maghrib yang gerimis
|
|
Nak ke surau dalam suasana begini memang satu cabaran.... basah-sejuk.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Apr-2008 15:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Senja yang gerimis
|
|
Sejak Malam sebelum hari mengundi baru-baru ini hujan kerap turun. Turun mencurah-curah. Tak kira waktu. Ia datang dengan ditemani oleh angin kencang, kilat dan guruh. Di sini tiadalah banjir atau kerosakan yang terjadi. Namun di sesetengah tempat ia amat menakutkan. Situasi begini kalau dapat dirakamkan memang amat bermakna. Otai-otai dalam seni foto tentu mampu memperlihatkan detik-detik ini untuk dikongsi bersama.
Yang ini awang ambil sewaktu balik dari Tg Malim. Ini lah yang mampu ditembak.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Mar-2008 23:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kaktus 2
|
 |
|
berbatang lembut
|
|
 |
|
duri keselamatan
|
|
|
Diambil dari laman rumah Kak Long
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Mar-2008 15:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
selangor yang ceria
|
|
|
Lupakan semua perselisihan sewaktu PRU 12. Sekarang waktu untuk kita semua bekerja untuk kesejaahteraan kita dan generasi akan datang. Sumber semulajadi dan kekayaan negara kita perlu diurus dengan cemerlang agar dapat nikmati oleh semua orang dengan kadar berpatutan. Milik negara adalah milik semua orang. Mudah-mudahan keturunan kita besok akan tersenyum saperti adik ini!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Mar-2008 11:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
penawar sakit sendi
|
|
satu kampung tak tahu namanya. Mereka menanamnya apabila seorang nenek tua yang sakit-sakit sendi disapa oleh seorang yang tak dikenali. Melihat tersangat sukarnya nenek itu melangkahkan kaki timbul rasa belas orang misteri itu. Apabila diketahuinya akan sakit si nenek tua itu lalu dia menghilangkan diri dari tempat itu beberapa ketika. Tak berapa lama kemudian orang itu muncul semula bersama seikat daun di atas di tangan kirinya. Daun it perlu dilayu di atas api, kemudian diuli dengan tangan dan ditampalkan pada tempat yang sakit itu...............Lalu dituruti oleh nenek itu akan nasihat tersebut. Syukur...selepas beberapa helai ditampal, sakit sendi nenek telah sangat banyak berkurangan............
Barangkali tuan-puan tahu nama pokok ini!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-Feb-2008 14:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dam Kenyir, Terengganu
|
|
Pada ahad yang lalu bersamaan dengan 17/2/2008, Awang jalan-jalan ke Empangan kenyir. Ini ialah empangan air yang besar yang pertama kali awang jengok. Sebelum ni melawat empangan air yang kecil-kecil sahaja. Ketika tingkatan empat dulu ada terbaca mengenai empangan, janakuasanya dan bagaimana elektrik hidro dihasilkan. Susah juga nak faham betul sebab di kampong kita ia tidak ada. Gambarnya pula satu sahaja. Memang susah nak faham. Tetapi dengan melawatnya amat mudah kita nak memahaminya. Dan ia menimbulkan minat pula kepada pelajar-pelajar untuk menceburi karier di dalam bidang ini.Melalui seorang Jurutera operasi di situ, empangan ini telah dibina mulai tahun 1978. Masa tu Awang baru je nak mula bekerja. Siap pada 1986 dan mula beroperasi pada tahun 1987. Ayahanda kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sekarang telah merasmikannya setahun kemudian. Empangan ni adalah yang terbesar di Semenanjung. Airnya dalam. Masa Awang datang tu airnya sedalam 142M plus. Menurut Jurutera tersebut jika airnya melepasi 143M ia terpaksa dibuang untuk langkah-langkah keselamatan. Ada janakuasa hidro di situ dengan 4 terowong. Bermakna ada 4 turbin. Setiap satu boleh keluarkan 100MV kuasa elektrik. Namun janakuasa ini tidak mengeluarkan kuasa sehingga 400MW setiap hari. Berapa banyak tenaga yangperlu dihasilkan bergantung kepada arahan di Kuala Lumpur.Empangan ni dibina dengan kepakaran dari Korea. Tak guna simen walau pun sekampit. Hebatkan! Ciri juga yang membezakan empangan ini dengan empangan-empangan lain yang dibina sebelum itu.Bangunan janakuasa itu 4 tingkat da awang bernasib baik dapat memasuki dan berbual dengan pekerja-pekerja disitu. Gambar tak boleh diambil di bilik kawalan....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Feb-2008 15:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Buah goji
|
|
sewaktu turun ke pasar sabtu yang lalu, awang terlihat seorang lelaki melayu yang berjubah, berjanggut panjang dan berkopiah berniaga tidak jauh dari gerai awang berbelanja. Didorong oleh rasa ingin tahu, awang mendekati gerai tersebut yang merupakan sebuah payung besar , sebuah meja kecil dan beberapa kotak besar berisi barang jualannya. Awang ternampak bungkusan-bungkusan berisi buah yang kering berwarna merah. Itulah buah goji. Katanya goji adalah buah kuno yang berharga. Penjualnya menerangkan dengan panjang lebar tentang khasiat buah berkenaan dan sejarah penggunaanya sejak 5,000 tahun dulu. Di sini awang tuliskan 34 khasiat buah berkenaan.
1. membantu sistem penghadaman
2.meningkatkan keceriaan dan semangat anda
3.menghilangkan tekanan dan gelisah
4.membantu mengurangkan batuk kering yang kronik
5.meningkatkan memori dan memulih ingatan
6.menyokong fungsi buah pinggang
7. menguatkan otot dan tulang
8.meningkatkan kesuburan
9.menghalang loya dipringkat awal mengandung
10.merawat simptom-simptom menaupause
11.menyokong fungsi hati yang sihat
12. mengaktifkan fungsi enzim anti-radang
13.meningkatkan limfosit
14.membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel merah, sel-sel putih, platelet, dan rawatan sum-sum tulang
15.mengurangkan kesan toksik kemotrapi dan radiasi
16.menghalang tumbuhbesar tumor
17.menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
18.digunakan sebagai rawatan kanser
19.meningkatkan respon imunisasi (T-cell, IL-2, IgA, IgG)
20.meningkatkan halangan kepada penyakit
21.menghalang peroksidaan lipid(yang menyebabkan sakit jantung)
22.mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
23.melegakan insomania dan tidur yang lebih nyenyak
24.melegakan sakit kepala dan pening
25.membantu mengurangkan berat badan
26.meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
27.menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
28.mengurangkan kolestrol
29.mengurangkan risiko kanser
30.mengekalkan tekanan darah yang sihat
31.merangsang rembesan HGH ( hormonpertumbuhan manusia)- hormon remaja
32.meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit
33.mempunyai tindakan anti-oksida yang baik-menghalang diri tua sebelum masanya.
ini adalah kajian saintifik Dr. Earl Mindell, R.Ph., Ph.D seorang pakar herba dan ahli farmasi. Perempuan mengandung tak dibenarkan ambil goji guarana/extra.
kalau nak tahu lebih banyak maklumat carilah di internet. Taip goji dan search. Anak awang dah ok maalah tak boleh tidur malam. Penglihatan awang bertambah baik. Itu pun baru makan tiga kali je. Cara makannya ialah direndam dalam air suam dan minum sekali denan buahnya. Bubuh dalam masakan pun boleh. makan begitu saja pun boleh. di blender pn boleh........makan waktu pagi waktu perut masih kosong(kalau buat minuman). Banyaknya lebih kurang dalam 8 biji je. Itulah yang awang tahu.....selebihnya tanyalah pengedar di tempat anda atau buat carian di Internet.....banyak di sana!
15/2/2008
ni dia dua gambar yang awang upload. Gelap sikit sebab di ambil hari dah gelap, jam 5,30 petang begitulah....................
Memang ada yang dijual dalam peket-peket kecil dan telah dicampur dengan lain-lain herba dan diminum saperti kopi. Namun awang lebih suka cuba yang 'natural'. Lagi pun orang-orang di kawasan himalaya dan cina tu bukannya makan dicampur dengan herba-herba lain tu! Dan kajian pakar nutrisi di atas itu pun atas goji semata-mata, tak bercampur dengan lain-lain herba. Tentang kesan sampingan akibat mengambil goji campuran tu ada juga awang terdengar......bagi awang kalau dah ada kesan sampingan tu kenalah berhenti guna ! jangan ambil lagi. kalau ambil makanan kesihatan kita makin rasa sihat barulah terus guna...begitulah rasanya stakat yang awang reti. Sebab itu awang lebih suka ambil goji saje, tak campur dengan yang lain. Bolehlah kita mengesan perubahan tu datangnya dari goji bukan dari herba lain. Lagi satu awang rasa kita kena makan sikit je (4, 5 atau 6 butir ).Jangan segenggam, kuat sangat dos nya tu!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 7-Feb-2008 06:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
disebalik tingkap boeng Mas
|
|
Dalam penerbangan ni Awang duduk di tepi tingkap. Dapatlah merakam gambar-gambar ni. Tapi tak lah sharp.... kamera compact katakan. Tambahan pulak cermin tingkap boeng ni taklah jernih sangat, macam berkabus je.......Kalau boleh edit bagi cantik amat dialu-alukan...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Feb-2008 05:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Road run 2008: gelagat petugas-petugas
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Jan-2008 15:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kaktus 1
|
|
|
siapa yang tahu nama kaktus ni tolong beritahu.........di mana nak beli?
|
|
|
|