awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  81  82  83  84  85  [86]  87  >  >>]    [Archive]
Thursday, 12-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Lahad Datu;Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula...

 
 
Aku pernah berada di sini, jauhnya dari tempat aku rasanya lebih dari 1 700 km. Aku tiba pada 1981. Bersama dengan beberapa budak kampong yang lain. Gambar ini di ambil pada 1982 agaknya . Siapa yang ambik ,aku tak ingatlah……inilah kisah tempat tersebut

Asal Usul Lahad Datu

Perkataan Lahad Datu berasal dari bahasa suku kaum Bajau. "Lahad" membawa makna tempat dan "Datu" ialah (keturunan Datu). Ini adalah bersempena dengan kedatangan orang-orang yang berketurunan datu-datu yang datang daripada kepulauan Sulu yang di ketuai oleh Datu Baginda Putih sebelum tahun 1879, untuk urusan perniagaan dengan orang-orang tempatan di Daerah ini.

Lokasi

Terletak di Timur - Selatan Sabah menghadap Laut Sulewesi (Celebes Sea) dan Teluk Darvel. Terletak diantara garisan lintang (latitudes) 4 darjah 44'U dan 5 darjah 17' U dan garisan bujur (Longitudes) 117 darjah 25T. Daerah-daerah yang bersempadan dengannya ialah Daerah Kinabatangan di sebelah Utara, Daerah Kunak di sebelah Timur manakala Daerah Tawau dan Semporna di sebelah Utara.

Kedudukan Bandar Lahad Datu berada dipertengahan jalanraya Tawau ke Sandakan
Ladang-ladang sekeliling dihubungkan dengan jalan-jalan "Gravel". Jalan-jalan kepunyaan Jabatan Kerja Raya (JKR) tentulah ada. Jalar tar dah banyak dan panjang-panjang. Tetapi jangan terperanjat kalau ada terperangkap dalam kesesakan kereta di sana. Ini kerana kereta banyak di sana. Satu rumah paling kurang ada 3 kereta. Belum masuk Pick up, lori dan van. Daerah ini mempunyai Lapangan Terbang yang boleh mendaratkan Kapal Terbang jenis Fokker Frindship 50 dan Twin Otters (orang kata belalang). Perkhidmatan Fokkier Frindships 50 adalah antara Lahad Datu dan Kota Kinabalu sahaja setiap hari, manakala Twin Otters pula beroperasi ke Temanggung Daerah Sandakan.

Pengangkutan melalui laut dan sungai dengan menggunakan perahu masih digunakan oleh penduduk-penduduk di persisiran pantai, sungai Segama, sungai Tungku dan pul;auseperi pulau Sakar. Bot mereka laju-laju. Daerah Lahad Datu mempunyai sebuah pelabuhan yang berkapasiti 10,000 tan (DWT) yang digunakan oleh kapal pengangkut kargo.

Daerah Lahad Datu mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan jumlah penduduknya sehingga tahun 1997 sebanyak 126,404.55 orang. Sebutlah suku apa….ada di sana….

Terdapat 14 buah kawasan setinggan di Daerah lahad Datu antaranya iaitu Kampung Burung, Puyut, Bakau, Singgamata, Unta, Air, Ipil, Lok Buah dan Kampung Sebarang Airport.Setiap kawasan setinggan majoriti penduduknya dikalangan Pendatang Tanpa Izin. Jumlah kasar setinggan lebih daripada 4000 buah rumah. Kawasan taman perumahan ada 22: taman aman 1&2, Gabungan, Muhibbah peringkat 1&2, Fajar, Executive, Eastern, Mewah, Setia, Gembira, Bandar Tabanak, Aman 3&4, Pertama satu, Public Villa, Kah Foh, Hing Nam, Maju, CL, Harapan dan Bakawali…ada yang tertinggal ke…..?

sekolah menengah ada 11, sekolah rendah 37 dan tadika 22.

Terdapat 8 buah kilang yang besar dalam daerah ini antaranya iaitu Kilang Papan Gutimas, Kilang Papan Superco, Kilang Papan Ideapact, Lahad Datu Edible Oil, Kilang Batu Otentik, Kilang Southern Plywoods, Kilang Papan Fordeco dan Kilang Papan Pinayas. Walau bagaimana pun terdapat juga kilang-kilang yang terletak dikawasan terpencil seperti Kilang Papan Sahaban, Kilang Papan Pacific Hardwood, Kilang Sawit Lokam, Kilang Sawit Borneo Samudra, Kilang Sawit Tabung Haji, Kilang Papan Unico, Kilang Sawit Melawar, Kilang Sawit Kwantas, Kilang Sawit Unico, Kilang Memproses Kelapa, Kilang Plywood Zenova, Kilang Papan Nasib Daya, dan Kilang Sawit a,b,c,d,e,f,g,h,i,j, milik FELDA. Gudang Bernas, Shell Depoh(Bahan Disel), Kwantas Depoh(Bahan Disel), dan Pelabuhan Baru di Lahad Datu








jamuan makan sempena perkahwinan salah seorang guru st dominic


Tuesday, 10-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
masa terus beredar tampa ku sedari

Dah besar kau nani....dah masuk darjah 3 tahun ini.....selamat berjaya, semoga
allah merahmatimu selalu


Monday, 9-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
seketika di bumi Hang Tuah

 
Sejarah melaka mula kenali apabila aku menonton andewara jebat-tuah yang dipentaskan oleh pelakon-pelakon bangsawan . kemudian aku dan kawan-kawan melakonkan semula adegan-adegan itu di waktu petang dimana-mana saja bila berkesempatan. Selepas itu membaca buku-buku sejarah melaka atu sejarah tokoh-tokoh yang berkaitan dengan melaka.

Selepas beberapa kali melewatinya, pada tahun 1998 aku menjejakka kaki ku di sana. Aku terasa dikelilingi leh piut-piut tuah lima saudara., hang lipo dan lain-lain nya.. Melaka dibuka oleh Parameswara pada 1396. Tapi rasanya orang asli dah ada disitu sebelum itu. Selepas itu ia berkembang menjadi pelabuhan kepada kapal-kapal dari china, India, Arab dan Eropah. Pada 1511 ia takluki oleh portugis dan seterusnya belanda. Agaknya macam iraq sekaranglah, dulu dibawah british, sekarang dibawah pakatan british & amareka . Dalam tahun 1795 melaka diserahkan kepada british kerana belanda di tawan oleh Perancis. Masa perang napoleon tengah membara di Eropah. Pada 1818 ia diserahkan balik pada belanda tetapi dibawah perjanjian Vienna ia diserah balik kepada british setelah belanda terliorkan bencoleen yang waktu itu di bawah british. Nak tahu ceritanya lagi datang ke Melaka….Lawat muzium kemerdekaan…sebahagian maklumat ada di situ. Tapi jangan datang hari Isnin, pekerjanya cuti.

Berdekatan di situ ialah Istana Sultan Melaka….istananya je, sultannya tiada. Khabarnya waris-waris sultan melaka memang ada tetapi masih tak dapat naik tahta lagi. Entahlah… aku pun tak paham macam mana jadi begini……Istana ini ditutup pada hari selasa. Sebenarnya banyak lagi nak cerita . masjid kampong kling, stadthuys, muzium rakyat, makam hang kasturi, muzium marin, kebun buah-buahan tropika dan bla..bla… tapi kalau anda dah tahu sekarang tak syoklah…..tengok sendiri dan ambil pelajaran dari sana. Jangan balik bawa cincalok melaka saje…….
[url][url]





Sunday, 8-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Terima kasih semua warga Pusat Sains Negara, jasa anda kami harg

Aku terlibat dalam program anak angkat Pusat Sains Negara 2005. Dalam program ini kanak-kanak yang berumur antara 12-14 tahun ini akan diberi motivasi, menghadiri bengkel sains dari DLL, Edrich consultancy, Meridian, Netcounsin, Mad science, bengkel computer dari technokids, bengkel astronomi dari kelab astronomi, project young scientist, buat drama sains, draw squad dan bengkel muzik dari redang.kanak-kanak ini sebahagian besar adalah dari keluarga yang kurang berkemampuan; kebanyakannya dari luar Bandar. pengambilannya adalah dari kementerian pendidikan. Kira-kira aku ni mewakili selangorlah…..semua negeri menghantar wakil….semua nampak seronok terutama yang dari sabah dan serawak…ya lah , bukan senang nak datang ke KL ni. Menginap di hotel..makan minum ditanggung. Makan 5 kali sehari. Wow! Bila sampai rumah timbang badan berat naik 1 kg! Dari hotel ke PSN kami diangkut dengan bas. Dapatlah tengok jalanraya di KL sesak bila waktu siang…tapi kami tak kisah, kami ada driver. Maka ramailah yang tridur waktu balik dari PSN ke hotel penginapan.

Pusat Sains Negara adalah sebuah institusi pendidikan tidak formal di bawah kementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar
Misi PSN adalah untuk mencetuskan dan menyemai minat rakyat Malaysia kea rah pembelajaran Sains dan Teknologi sepanjang hayat…..aiseiii bersyarah pulak. Ada banyak program di sini….untuk pra sekolah, untuk sekolah rendah, untuk sekolah menengah. Masa lawatannya ok juga; dari sabtu hingga khamis (9.00pg-5.00ptg). Cuma masuk kenalah bayar. Pelajar sekolah anatara RM2 – RM3, kanak-kanak RM3 dan orang dewasa antara RM5- RM6

Secara peribadi aku berpendapat semua orang patut datang ke sini. Memang banyak faedahnya. Aku sendiri 5 hari di sana tak jemu-jemu. Rasa nak datang lagi ni. Hubungilah 03-20921150 atau Laman Web www.psn.gov.my

Kepada kawan-kawan yang telah sama-sama seminggu di psn, saya ucapkan selamat maju jaya. Terutama untuk guru dari melaka yang aku kalahkan nya main Chess; jangan give up ya. Cikgu bahruddin; selamat tahun baru 2006.Cikgu Hadijah…terima kasih cd tu. wanita nombor dua dari kiri itu ialah Pegawai di PSN. Khabarnya masih single.....yang kelima dari kiri itu pun single juga(Hadijah).
[url]

http://srv.fotopages.com/2/8953148/pengiring-pengiring-pelajar.jpg[img][/img]





Saturday, 7-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
King George V National Park? Di mana......



Taman Negara tubuhkan dalam tahun 1939/1938. Di masa itu namanya ialah King George V National Park. Begitulah kata orang-orang veteran…… Nama itu ditukar kepada nama yang ada sekarang stelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Kawasan Taman Negara ini meliputi 4, 343 kilometer persegi. Kata pemandu yang memandu aku taman Negara tahan ini terdiri dari tanah negeri kelantan, pahang dan terengganu…..kat pertemuan negeri-negeri itulah maksudnya.Taman Negara yang terletak di pahang adalah taman Negara yang terluas sekali(2,477 km per) diikuti ole taman Negara kelantan (1,043 km per) dan terengganu (853 km per.) Di sinilah terletaknya puncak yang tertinggi di Semenanjung Malaysia; Gunung Tahan.Kalau nak mendaki gunung itu kenalah bermula dari Kuala Tahan atau Merapoh. Tapi ingat, exercise dulu kaki tuu…..jangan pergi menonog…..alamat berusung nanti.. Kalau anda berminat dengan binatang buas , cubalah nasib untuk bertemu dengan mereka di kawasan yang disediakan………anda boleh nampak rimau, badak Sumatra, seladang, gajah asia dan……………paaaaaaaCCaaaaaaat. Yang lain-lain pujn ada…nak tahu ? pergi tengok sendirile…….Di sini juga ada banyak ikan, ikan kelah pun ada……..nyamm….nmyammm sedapnmya. Kelah di sini rasanya lebih sedap sebab ia hidup dalam alam semulajadi.
Gambar di atas adalah pertemuan sg Tembeling dengan sg Tahan. Di situlah pejabat pelancongan, perhilitan, resort-resort, kantin, restora-restoran dsn tspsk-tspsk perkhemahan terdapat. Talipon ada tapi handset tak ada line

Gambar kedua tu gambar emmm………akulah… dengan bebudak. Rasanya dari smka simpang Lima. Yang di di belakang tu bukan pondok durian.....atau pondok rukun tetangga...tetapi pondok tempat turun dari canopy walk. Siapa yang pernah naik canopy tu taulah tinggi dan panjangnya……..alang-alang orang bergegar kaki. Nak tau ceritanya lagi ….tunggu di lain keluaran
Wassalam


[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  81  82  83  84  85  [86]  87  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net