awangje's FotoPage
12093286.jpg
By: awangje awangran

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  81  82  83  84  [85]  86  87  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 8-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kelong resort untuk Si kaki pancing

pantai berlumpur
jetty ke kelong
Dalam beberapa hari kebelakangan ini aku sangat sibuk . almaklumlah tahun baru, dengan tangungjawab baru. Gambar yang aku ambil ini ialah di pantai Bagan Nakhoda Omar. Sesetengah orang mengenalinya sebagai bagan kedumo. Macam bunyi jepun aje…Pantainya tidaklah secantik di Pangkor. Agaknya lebeh kurang macam moriblah. Ada Lumpur sikit. Bagi kami kira OK lah. Sungguhpun berlumpur namun ada rezeki di dalamnya . Ada kerang. Ada mentarang. Kalau nak makan kerang segar datanglah ke sabak bernam. Tak semesti ke bagan kedumo. Yang berani lagi bolehlah memancing di kelong; ditengah laut. Kelong ini kelong moden. Macam banglo atas laut. Caj nya berbagai. Berikut adalah sebahagian daripada pakejnya.

PAKEJ MEMANCING
Pakej 1 (Biasa)- 24jam
- RM128 seorang
*termasuk pergi balik dari jeti, makan malam, sarapan pagi, makan tengahari, minum petang

Pakej 2 (Biasa)- 24jam
- RM100 seorang
*termasuk pengangkutan pergi balik dari jeti

Barangan Untuk Sewaan :
- joran
- kerusi malas
- set memanggang (BBQ
- RM 30 sehari (tidak termasuk umpan, mata kail)
- RM 15 sehari
- RM 60 sehari

LAIN-LAIN PAKEJ
Pakej 3 (Mesyuarat/Perniagaan) -pagi hingga petang
RM80 seorang (kapasiti : 20-100 orang)
* termasuk pengangkutan pergi balik dari jeti, makanan dan minuman, P.A System & Projektor, Bilik Mesyuarat

Pakej 4 (Seminar) - 2 hari 1 malam
RM160 seorang (bilik biasa)
* Disediakan selimut dan tuala mandi
* Pakej termasuk pergi balik dari jeti, makanan dan minuman, P.A System & Projektor, Bilik Mesyuarat

RM170 seorang (bilik berhawa dingin)
* Disediakan selimut dan tuala mandi
• Pakej termasuk pergi balik dari jeti, makanan dan minuman, P.A System & Projektor, Bilik Mesyuarat

Pakej 5 (Tour)
RM30 seorang (minimum 5 orang)
* termasuk pengankutan pergi balik dari jeti, minuman dan makanan ringan
Kemudahan Lain; Surau
- Bilik Karaoke , maksimum 5 orang : 2 jam pertama RM100, jam berikutnya RM50
Selain

PAKEJ PENGINAPAN; Sekendi Suite. Harga bilik RM 388. boleh muat 5 orang. Ada astro, pembancuh kopi, almari, kerusi rehat dan tandas persendirian.

Sebenarnya ada banyak pakej. Datanglah ke Pejabat Daerah Sabak Bernam dan tanyalah pegawai yang menyelianya.Ini pun pakej tahun lepas. mungkin tahun 2006 ini ada perubahan.


saujana mata memandang


Friday, 27-Jan-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
antara petugas di hari merentas desa minggu lalu

 
 
 
Terima kasih kerana sudi bekerja sama....tahun depan tolong lagi ye!

Haji Hamzah," Aku jaga check point mana syeikh?"
U.Asmawi," Anta di G............



"Kumpulan mana yang nak dilepaskan dulu nih..........................Emmmmm lelaki A kot", Al fuad


"Sir, Mung tangkap gamba kite come-come deh!",


Tuesday, 24-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
dari barat ke timur

airport kk
jalan ke Tawau dari Lahad datu
sarapan di Kunak
View all 6 photos...
pada suatu malam yang aku rahsiakan, orang sebelah aku berbisik," lama kita tak ke TaAu.... bolehke pergi kali ini? Aku pun tengok kocek aku..., emmm ...aku rasa kocekku masih berat lagi. "OKlah....siap. Esok kita bertolak!.. Esok pagi riuhlah satu pondok...masing-masing pack barang-barang. Elok je mereka bersiap. Tak payah disuruh-suruh sangat. Tak macam bila disuruh solah....hai bebudak..
kami berlepas dari KLIA jam 8.00 pg. Transit di KK dua jam setengah kemudian. Selepas itu ke Sandakan; sampai di Sandakan lebeh kurang 12.00 tengah hari. Tak banyak sangat perubahan di sana..pembangunan memang slow sikit berbanding dengan selangor....he..he...jangan marah ba! realiti.... Di sana aku disambut oleh Zain azman dengan Ford Ranger Turbo Barunya. Thank Zain! Four Wheel engkau memang class. kalau ada duit nanti aku nak hadiahkan satu untuk orang sebelah aku ni....Selepas 160 km tampa henti kami sampai di Lahad Datu. aku berehat 3 hari di tanah datu-datu ni.Dari situ aku naik Kancil 850 lima orang...bayangkan......tapi peliklah.....steady je kancil tuh....naik turun bukit. Jalan dari Lahad Datu ke TaAU (tawau lah ) lebih mencabar berbanding ke Sandakan...tapi oklah kancil ni... sebelum sampai di Tawau kami bersarapan di Kunak. Emm macam sekincan je..tapi ada port di sini. Lagi satu di sini orang bajau dan suluk yang ramai. Sampai di Tawau tengah hari.. dan l;ihatlah sendiri pekan tawau ni. Tawau ni macam Klanglah.....OK juga. datanglah....direct flight dari KL ada...lagi senang...jangan ikut macam aku.....aku ni suka lihat-lihat







Monday, 23-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
merentas desa

 
 
 
View all 9 photos...

hampir 700 orang bersaing untukmenjadi juara. jauh tu tidaklah...6 km je, tapi kalau tak biasa memang semput. Memang penat...dahaga jangan nak cerita. mas itu lah nampak air paip pun sedap je










Friday, 13-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
SMKA Mahad Muar

bas lelaki
persekitaran mahad muar
tuan rumah; mahad Muar
View all 10 photos...
Menziarahi warga smka Mahad Muar. Nak tengok apa-apa yang boleh dibuat contoh....



[<<  <  73  74  75  76  77  78  79  80  81  82  83  84  [85]  86  87  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net